Ikan Gerut Masak Asam Pedas Style Johor. Sebab saya orang Johor, maka resepi asam pedas ni saya letak nama Asam Pedas ikan Gerut style Johor. Macam mana tu style Johor? Mestilah kuahnya cair dan boleh hirup. Hehe.... kalau pekat sangat bukan style kami la jawabnya. Tapi, kalau you all tak suka kuah cair, boleh je kurangkan air ketika memasak. Ikan gerut disebut juga ikan gerut-gerut.
Pada masa En suami bawa balik ikan gerut, saya tak kenal pun. Biasa yang saya kenal adalah ikan merah, siakap, ikan jenahak.. tapi ikan ni tak kenal. Bila ditanya katanya "ikan gerut". First time dengar nama ikan macam tu. So, kita google la.. boleh ikan gerut masak asam pedas. Nanti rasa jadi lain kalau ikan tak sesuai dengan menu yang nak disediakan.
Inilah rupa asam pedas ikan gerut. Sedap juga rasa isinya.
Oh ya, ikan gerut adalah hampir sama dengan ikan tebal pipi.
Memiliki warna badan perak keemasan, warna tompok-tompok hitam pada bahagian atas dan bahagian ekor berwarna putih dan hitam di bahagian hujung.
Gambar hiasan - ikan gerut
Ikan Gerut Masak Asam Pedas Style Johor
Bahan-bahan:
Segenggam daun kesum
Garam secukup rasa
Serbuk perisa (kalau tak nak letak pun takpe)
Minyak untuk menumis
Asam jawa
Air secukupnya
2 tangkai bunga kantan - belah dua
6 batang bendi - kerat dua
2 batang serai - diketuk
Bahan-bahan untuk dikisar;
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
Segenggam cili kering
1. Basuh ikan bersih-bersih, rendam sebentar dengan air asam jawa. (Boleh juga direndam dengan air limau kasturi atau asam belimbing)
6. Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bendi tadi. Biarkan kuah mendidih lagi dalam kira-kira 5 minit.
Abaikan bekas kuali yang saya gunakan tu, faveret kuali sepanjang zaman. Makin buruk, makin sedap masakan kita. Haha..
Bahan-bahan untuk dikisar;
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
Segenggam cili kering
Cara-cara penyediaan;
1. Basuh ikan bersih-bersih, rendam sebentar dengan air asam jawa. (Boleh juga direndam dengan air limau kasturi atau asam belimbing)
2. Panaskan minyak. Masukkan serai dan bunga kantan - biar naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Masak hingga lada betul-betul masak @ pecah minyak
3. Masukkan ikan yang telah di bilas. Kacau sedikit
3. Masukkan air yang telah digaulkan dengan asam jawa sehingga agak menutup ikan tersebut. Lebih kan air jika mahu kuah cair
4. Tambahkan garam secukup rasa. Tambahnya serbuk penambah perisa. (Kalau nak la)
5. Gaulkan sedikit dan biarkan mendidih.
6. Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bendi tadi. Biarkan kuah mendidih lagi dalam kira-kira 5 minit.
Dah sedia untuk dihidangkan.
Cadangan hidangan ini cukup untuk 5-6 orang dewasa.
Makan dengan nasi panas.... memang sedap.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.