Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2021

Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2021. Dah masuk tahun 2021, mencabar betul era selepas 2020 ya? Siapa sangka siapa menduga, tahun 2020 adalah tahun di mana satu dunia diancam dengan wabak Covid-19. Suasana kerja dan kehidupan kita berubah sama sekali dengan norma baharu. Ada yang hilang kerja, perniagaan terpaksa ditutup dan pendidikan dihentikan sementara waktu. Bersyukurlah jika anda yang dah tak bekerja tetapi masih menerima pencen dari majikan terdahulu iaitu kepada bekas kakitangan kerajaan.

Jadual dan tarikh pencen 2021 yang dikongsikan di laman blog ini harapnya dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pesara semua dalam membuat perancangan perbelanjaan kehidupan harian anda.


Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2021



Nota: Bayaran pencen melalui Skim B (pesara perlu hadir ke bank untuk membuat tuntutan pencen) boleh ditukar kepada Skim A Berwakil (pengkreditan terus ke akaun bank pesara) dengan mengemukakan Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan.


Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan Tahun 2021


Jadual tarikh bayaran pencen sepanjang tahun 2021 dan jatuh pada hari tertentu di atas masih juga tertakluk kepada perubahan, jika ada.

Tarikh-tarikh Penting Untuk Pesara / Penerima Pesara Terbitan


Selain itu, dimaklumkan juga beberapa tarikh penting berkaitan bayaran pencen.

  • Seperti yang semua sedia maklum, pencen bulan Disember 2020 telah dikreditkan pada 16.12.2020.
  • Pencen pada bulan Januari 2021 nanti akan dibayar pada 21.1.2021 beserta dengan kenaikan 2%.
  • Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 akan dibayar pada 25.1.2021, iaitu sama tarikh dengan bayaran RM600 Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 yang telah diumumkan

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close