Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kek Sunquick Mudah Dan Pasti Gebu

Kek Sunquick Mudah Dan Pasti Gebu. Hmm.. nama kek ni sungguh menarik perhatian, yang pasti kek sunquick yang gebu gebas memang impian orang yang buat kek terutamanya bagi newbies. Kalau sekali buat tak menjadi, jangan putus asa. Teruskan berusaha hingga berjaya! Cewah.. kita pulak bagi nasihat tapi rupanya sama juga, buat kek selalu jadi, rasa je yang lain. Haha.. 

Kek sunquick gebu tapi mudah nak buat rupanya. Kalau tengok cara buat oleh Cikgu Azlina Ina, memang jadi punya. Lagipun bahan dia pun tak banyak. 

Resepi Kek Sunquick Mudah

Kek Sunquick Mudah Dan Pasti Gebu


Kek sunquick ni kegemaran kita semua kan? Warna dia dah lah orange menyala, bau sedap seharum oren, lepas tu lembap je masuk kat mulut.

Marilah sama-sama kita buat kek sunquick hari ni, ikuti langkah demi langkah ya.


Bahan-bahan:
- Resepi Cikgu Azlina Ina


300 gm majerin
1 cawan gula halus
2 sb cordial sunquick
mix/ kacau sebati sampai gebu tgk rajah kanan..

Dah elok gebu, 
masukkan 6 biji telur satu-satu sampai habis ya
last sekali masuk kan 300gm tepung self rising
sikit-sikit sampai habis

Parut kan kulit limau sunqist jgn smpai terkena yg putih ya, (yang itu pahit)
gaul-gaulkan
masuk kan dalam loyang saiz 8 inci atau 9 yg dah dioles kan majerin dan lapik baking paper

Kek sunquick mudah

#kulit limau diparut dalam adunan

Panas kan oven dan bakar pada suhu 170 darjah, masa 45 minit - 1 jam

Maafkan saya bila cara penyediaan kek sunquick agak tidak tersusun kerana saya kongsikan resepi dari Cikgu Azlina Ina. 

Kena perlahan-lahan buat dan ikuti setiap langkah dengan betul. Barulah kek sunquick anda jadi gebu gebas dan lembap.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close