Khasiat Buah Kabung Untuk Kesihatan. Ada tak antara pembaca kat sini yang tak kenal buah kabung? Ada yang ejaannya kabung atau ada yang tulis kabong. Ia merujuk kepada buah yang sama. Buah kabung isinya putih, rasanya kenyal dan biasa di campur dalam manisan dan minuman. Yang paling selalu saya jumpa ialah dalam ais cikong dan juga ABC. Hmm.. agak pelik tetapi saya amat menggemari buah kabung. Bila order ABC, saya akan minta lebih campuran buah kabung walau terpaksa bayar harga tambahan. Minat punya pasal, sanggup saya membayarnya.
Isi buah kabung yang baru dibuka kulitnya. Setiap buah ada 3 ruang isi. Isi buah kabung berwarna putih seperti jelly.
1. Buah Kabong ternyata kaya kalsium yang baik bagi pertumbuhan gigi kanak-kanak dan mereka yang menderita masaalah Osteoporosis atau pun bahasa kita masaalah Tulang yang Rapuh.
2. Kajian makmal menunjukkan buah kabung didapati memang kaya kandungan serat dan mineral. Setiap 100 g kabung mengandung tenaga 27 kkal, protein 0.4 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 6 g, serat 1.6 g, kalsium 91 mg, Fosforus 243 mg dan zat besi 0.5 mg.
3. Tingginya kandungan mineral seperti kalsium, zat besi dan unsur Fosforus akan menjaga tubuh menjadi sihat terutama jika dimakan pada bulan puasa.
4. Kandungan karbohidrat isi buah kabung boleh memberikan rasa kenyang bagi orang yang memakannya. Ia juga menghentikan nafsu makan dan mengakibatkan pengambilan makanan berkurangan daripada biasa.
5. Sistem pencernaan makanan dalam perut juga akan menjadi sempurna dengan memakan buah kabung.
Selain tulang, manfaat buah kabung @ enau untuk gigi juga sama. Buah ini memberikan kalsium yang cukup untuk menguatkan gigi. Gigi yang sihat juga akan membuat rongga mulut anda sihat dan terhindar dari penyakit lainnya yang menyerang bahagian mulut, termasuk gusi.
Khasiat buah kabung untuk perut, ia juga boleh digunakan sebagai ubat, terutama saat sakit perut melanda. Faktor penyebab sakit perut ada banyak antaranya perut kembung, kramp dan banyak lagi. Makanlah buah ini ketika sakit perut menyerag.
Khasiat buah kabung juga dipercayai bolwh meredakan demam. Buah ini akan membantu menurunkan panas demam secara perlahan.
Zat besi dalam buah kabung boleh menambah pengeluaran sel darah merah pada tubuh. Sel darah merah yang cukup untuk tubuh mampu membuat anda terhindar dari penyakit anemia, sehingga anda tidak akan mudah merasa letih dan lesu.
Buah kabung jika diambil dengan teratur akan menjadi makanan sumber tenaga bagi tubuh. Makanlah buah ini di pagi hari ketika anda akan melakukan aktiviti anda.
Kegunaan berikutnya dari buah kabung adalah mencegah tubuh anda dari penyakit diabetes. Rasa manis gula ini adalah gula alami yang baik untuk gula darah anda. Anda tidak akan terjangkit penyakit gula seperti diabetes.
Semoga bermanfaat.
Bagi yang tak kenal buah kabung, di sini saya sertakan gambar buah dan pokok kabung. Bukan gula kabung ya, ia buah kabung iaitu isinya.
Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan. Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. Setelah 1-2 jam ditebus, buah tadi dibelah dua atau tiga. Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar. Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat. Warnanya putih jernih. Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Manakala gula kabung pula terhasil dari pokok kabung juga. Selain buahnya, pokok kabung juga diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau adalah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur, cendol dan ada juga yang menjadikan gula enau sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
Oh ya, kalau anda minat dengan jeruk buah kabung. Anda boleh dapatkan dari jeruk Pak Ali, boleh dibeli pada berat 500 gram @ 1 kg. Ikut suka. Harga pun tak mahal sangat. Boleh makan puas-puas.. hehe..
Buah kabung yang belum diproses, masih pada jurai tandan buah kabung.
Khasiat Buah Kabung Untuk Kesihatan
2. Kajian makmal menunjukkan buah kabung didapati memang kaya kandungan serat dan mineral. Setiap 100 g kabung mengandung tenaga 27 kkal, protein 0.4 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 6 g, serat 1.6 g, kalsium 91 mg, Fosforus 243 mg dan zat besi 0.5 mg.
3. Tingginya kandungan mineral seperti kalsium, zat besi dan unsur Fosforus akan menjaga tubuh menjadi sihat terutama jika dimakan pada bulan puasa.
4. Kandungan karbohidrat isi buah kabung boleh memberikan rasa kenyang bagi orang yang memakannya. Ia juga menghentikan nafsu makan dan mengakibatkan pengambilan makanan berkurangan daripada biasa.
5. Sistem pencernaan makanan dalam perut juga akan menjadi sempurna dengan memakan buah kabung.
Lain-lain manfaat buah kabung untuk kesihatan
Menguatkan gigi
Selain tulang, manfaat buah kabung @ enau untuk gigi juga sama. Buah ini memberikan kalsium yang cukup untuk menguatkan gigi. Gigi yang sihat juga akan membuat rongga mulut anda sihat dan terhindar dari penyakit lainnya yang menyerang bahagian mulut, termasuk gusi.
Ubat sakit perut
Khasiat buah kabung untuk perut, ia juga boleh digunakan sebagai ubat, terutama saat sakit perut melanda. Faktor penyebab sakit perut ada banyak antaranya perut kembung, kramp dan banyak lagi. Makanlah buah ini ketika sakit perut menyerag.
Meredakan demam
Khasiat buah kabung juga dipercayai bolwh meredakan demam. Buah ini akan membantu menurunkan panas demam secara perlahan.
Pencegah anemia
Zat besi dalam buah kabung boleh menambah pengeluaran sel darah merah pada tubuh. Sel darah merah yang cukup untuk tubuh mampu membuat anda terhindar dari penyakit anemia, sehingga anda tidak akan mudah merasa letih dan lesu.
Sumber tenaga
Buah kabung jika diambil dengan teratur akan menjadi makanan sumber tenaga bagi tubuh. Makanlah buah ini di pagi hari ketika anda akan melakukan aktiviti anda.
Mencegah diabetes
Kegunaan berikutnya dari buah kabung adalah mencegah tubuh anda dari penyakit diabetes. Rasa manis gula ini adalah gula alami yang baik untuk gula darah anda. Anda tidak akan terjangkit penyakit gula seperti diabetes.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.