Kuey Teow Ladna Sedap Tapi Mudah. Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di bawah, tetapi boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda.
Kuey Teow ladna biasa ada kat restoran Thai. Memang ni salah satu menu ada jual kat situ. Kuahnya pula berwarna jernih tetapi sedikit coklat dari warna sos tiram. Apa yang membuatkan kuah ini tidak muak adalah cili padi yang diletakkan di dalam kuah. Memang sedap sangat. Selamat mencuba. Nak lagi pedas, tambah lebih cili padi ya..
Kuey Teow Ladna Sedap Tapi Mudah
Oleh: Che' Nom
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Bahan-Bahan:
500g kuey teow
kicap manis secukupnya
1 mangkuk udang
2 ekor sotong
1 ketul ayam bahagian dada
4 ulas bawang putih, diketuk
5 bili cili padi, diketuk
1/2 batang karot
segenggam sayur sawi
bunga kobis
1 biji tomato, potong 6
1 sudu besar sos tiram
1 ketul kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung
minyak untuk menumis
air secukupnya
Bahan untuk hiasan:
limau kasturi
bawang goreng
bawang goreng
Cara-cara Buat Resepi Kuey Teow Ladna Sedap Tapi Mudah
- Rebus ayam dan hiris nipis.
- Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
- Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
- Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
- Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
- Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.
So, korang dah tengok resepi kat atas tu. Dari Che Nom. Dah lama saya cari resepi kuey teow ladna ni, ada juga jumpa tapi bila buat jadi lain sikit. Warna likat tu tak sama jadinya. So, kena cuba dan cuba lagi sampai jumpa resepi yang serasi.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.