Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Nasi Dengan Ayam Goreng Berempah

Lunch Nasi Ayam Goreng Berempah. Nak buat ayam goreng berempah ni senang je tetapi selalu tak jadi macam yang kita beli. Kenapa ya? Sebab dia nak suruh kita beli dan bantu orang yang berniaga. Betul tak? Setiap orang ada kepandaian masing-masing. Buat kerja yang kita mahir dan bagi kerja kepada orang yang memang bidangnya.

Lunch Nasi Ayam Goreng Berempah 



Memang sedap betul lunch hari ni. Oleh kerana kelam kabut pagi-pagi tak sempat memasak, maka lunch tadi saya belikan si bongsu sorang kat rumah tu nasi dengan ayam goreng berempah. Memang sedap la..

Lunch Nasi Dengan Ayam Goreng Berempah Kuah Kari

Ayam goreng berempah dia memang kaw! Tak pernah mengecewakan. Sambal belacan dia pun kaw sangat, pedas manis semua ada. Kemudian, tak kedekut pulak tu. Salad dia pun segar bugar. Amat berselera nak makan.. hehe. Ulam dia pun ada tambahan timun yang di hiris panjang. 


Harga sebungkus nasi dengan ayam goreng berempah dijual pada anggaran harga RM6 hingga RM7. Kuah dia ada tiga jenis iaitu asam pedas, lemak cili api atau pun kari. So, kalau korang suka lemak cili api, pilihlah set kuah tersebut.

Ayam goreng berempah tu dia buat style ayam cincang yang sedang viral sekarang. Ayam cincang maksudnya ayam yang dipotong kecil-kecil dan garing selepas diperap dengan rempah. Itu yang saya tahu la.. kalau nak further info, boleh google ya.. 👌

Semoga berbahagia bersama family tersayang!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close