Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Tengahari Di Dulang Lima Memang Sedap

Makan Tengahari Atas Dulang Memang Sedap. Makan atas dulang tak jadi salah pun, makan ramai-ramai sambil menikmati lauk pauk ala kampung. Dengan ulaman, sambal belacan dan juga pemanis mulut (dessert). Hmmmm... sedap betul lah. 

Bila lihat menu di bawah, rasa masih terliur lagi. Daging masak lemak cili api dia memang pedas berapi guys!! Kalau tak berani layan pedas, jangan order!!

Makan atas dulang di Dulang Lima

Makan Tengahari Atas Dulang Di Dulang Lima Memang Sedap


Konsep restoran ini adalah makanan dihidang atas dulang macam kat kampung dulu-dulu. Kemudian kita makan atas pinggan masing-masing. Hehe.. kalau nak makan atas dulang tu boleh jugak tapi sebab duduk atas kerusi, susah la sikit nak makan.. haha

Kami dah banyak kali makan kat sini. Dalam satu dulang ada kombinasi 5 menu iaitu ulam, sambal belacan, sayur dan 2 lauk. 

So, terpulang kombinasi menu apa yang korang suka, order tambahan ada caj tambahan la ya..

Dulang Lima

Dalam dulang tak muat, kita letak luar dulang. Nampak sedap kan?? Memang sedap..


Sagu gula melaka.. siapa suka kita geng!! Sedap sangat. Order dua set, macam tak cukup..


Tambahan menu tu lain harga, contohnya nak tambah asam pedas dan dessert. Korang order je, nanti dah kenyang jangan lupa bayar.

Anda boleh google kat mana lokasi Dulang Lima ni. Senang je nak pergi makan nanti.

Selamat menjamu selera.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close