Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Order KFC New Year Bucket Untuk Lunch Cepat Dan Mudah

Order KFC Untuk Lunch Cepat Dan Mudah. PKP 2.0 dah masuk hari ke 4, masih lagi dicutikan dan bercuti. Haha.. Kena terima cara kerja sekarang. Management sedang buat duty roster untuk kita orang. Hari isnin akan mula bekerja, dengan kapasiti 30% je dalam sesuatu masa. Dalam seminggu ada beberapa hari off day. Alhamdulillah.. setiap kejadian ada hikmahnya. Pandang dari sudut positif ya kekawan. Walau pun dudulk rumah, janganlah tak buat apa-apa aktiviti. Kenalah menyapu, mengelap habuk, bersihkan rak buku dan sebagainya.. sejam sekali basuh lah kat sinki tu, kan ramai yang suka penuhkan sinki time PKP ni. Mana tak nya, kerja asyik makan je.. betul tak?

Dah habis bebel, meh la kita tengok KFC yang saya order. Dah bosan asyik makan nasi. Kita makan burger dengan ayam. 

Sekarang ni nak order KFC punyalah mudah. Angkat phone, tekan KFC Delivery dan order. Dalam setengah jam dah sampai. Panas lagi tau.. 


Order KFC New Year Bucket Untuk Lunch Cepat Dan Mudah


Apa yang kami order? Apa lagi? Ayam la.. dengan sets dia. Makan panas-panas, sedap sangat.

Order KFC Untuk Lunch Cepat Dan Mudah

Bungkusan KFC yang kami order. Order simple je, New Year Bucket set yang ada 9 ketul ayam spicy & original. Order colonel burger 2 set sebab tak nak bergaduh dengan si bujang bongsu ni yang suka colonel burger jugak. Hahah..

KFC New Year Bucket Set

Order KFC Untuk Lunch Cepat Dan Mudah
Order KFC Untuk Lunch Cepat Dan Mudah

Dalam New Year Bucket Set ni ada juga onion ring, ada kentang lenyek saiz besar. Air coke 1 botol besar percuma. 

Mungkin musim PKP kurang ramai orang datang KFC, maka kami dapat ayam yang bersaiz besar dan susah nak habis. Makan seketul dah kenyang. Lepas tu, kali ni rasa ayam sedap sikit, mungkin buat dengan berhati-hati. Biasa kan ramai pelanggan.. masak macam kelam kabut kut.. hanya pandangan saya. Tapi okay lah.. Ada perubahan baik. Customers pun happy.

Selamat bersantai.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close