Resepi acar timun mentah sedap. Saya ingin kongsikan resepi acar timun mentah, makanan ini sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak manjemukan. Acar timun atau sesetengah tempat dipanggil salad timun, paling sesuai bila dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan banyak lagi. Kalau makan dengan nasi putih, kurang pulak rasanya.
Atas : Gambar hiasan dari Google
Acar timun mentah ini adalah antara sayur yang biasa disediakan dalam majlis kenduri dan dalam majlis aqiqah. acar ini cukup berminyak sebab kandungan cuka yang tinggi. Memang menyediakan acar timun ini mudah sekali tapi harus ada keseimbangan rasa masam manisnya.
Untuk menyediakan acar timun ini memerlukan waktu lebih kurang 10 minit sahaja dan resepi yang saya buat ini untuk hidangan 7 orang.
Bahan-Bahan
Acar timun mentah ini adalah antara sayur yang biasa disediakan dalam majlis kenduri dan dalam majlis aqiqah. acar ini cukup berminyak sebab kandungan cuka yang tinggi. Memang menyediakan acar timun ini mudah sekali tapi harus ada keseimbangan rasa masam manisnya.
Resepi Acar Timun Mentah Dengan Nenas
Bahan-Bahan
8 sudu besar cuka
2 biji bawang besar
4 sudu besar gula
2 biji cili merah
garam secukupnya
1/2 biji nenas
3 biji timun
1. Mula-mula bersihkan nenas dari kulitnya kemudian hiris nipis. Bersihkan timun dan buang bahagian kulit. Kemudian, cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Kemudian hiris nipis.
2. Hiris nipis cili merah dan bawang merah.
3. Akhir sekali, gaulkan semua bahan tadi bersama gula, cuka dan garam secukupnya hingga sekata dan acar timun mentah dengan nenas siap untuk di hidangkan.
Dalam proses membuat acar timun jangan tambahkan air sebab timun dan buah nenas akan keluar air selepas dibancuh bersama bahan-bahan tadi.
2 biji bawang besar
4 sudu besar gula
2 biji cili merah
garam secukupnya
1/2 biji nenas
3 biji timun
Cara Penyediaan
1. Mula-mula bersihkan nenas dari kulitnya kemudian hiris nipis. Bersihkan timun dan buang bahagian kulit. Kemudian, cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Kemudian hiris nipis.
2. Hiris nipis cili merah dan bawang merah.
3. Akhir sekali, gaulkan semua bahan tadi bersama gula, cuka dan garam secukupnya hingga sekata dan acar timun mentah dengan nenas siap untuk di hidangkan.
Dalam proses membuat acar timun jangan tambahkan air sebab timun dan buah nenas akan keluar air selepas dibancuh bersama bahan-bahan tadi.
Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.