Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sagu Gula Melaka Paling Sedap

Resepi Sagu Gula Melaka Paling Sedap. Sekarang ni sibuk orang cari dessert sagu gula melaka. Warna warni dan berbagai bentuk. Ada suka buat acuan bulat, ada 4 segi sama dan ada juga yang main campak je, yang penting rasanya. Betul tak? 
Resepi sagu gula melaka paling sedap

Gambar di atas sekadar gambar hiasan. Nak buat 2 warna dalam satu jug atau cawan, terpulang. Yang pic di bawah ni, itu betul. Saya makan hari tu kat satu restoran. Sedap sangat..


Sedap sangat kuih sagu gula melaka ni. Tengok kepekatan santannya.. hmm.. bawah tu bila kita kacau ada gula melaka. So warna dia akan bertukar kecoklatan.. rasa dia lemak manis amatlah sedap kena kat tekak..


Ada juga yang buat sagu cocktail dengan pelbagai buah-buahan. Ya Allah.. sedap sangat. Selalu saya beli je, nak buat kurang rajin sikit.. hehe

Resepi Sagu Gula Melaka Paling Sedap


Nak resepi sagu gula melaka? Marilah buat perlahan-lahan dan ikut step. Sagu gula melaka anda pasti jadik.

Bahan-bahan:

Sagu Gula Melaka
Oleh : Surianti Ramli

Bahan sagu :

1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan)
3 cawan air
5 titis pewarna sirap ros merah atau hijau
-didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. 

Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang.

Bahan Gula Melaka :

1 ketul gula melaka (saya pakai yang jenis besar, beratnya 250 gm)
1 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
-masak semuanya dalam api perlahan hingga gula melaka cair sepenuhnya dan menjadi pekat.
Sejukkan.

Bahan lain :

1 tin susu cair (susu tak perlu dimasak)
*boleh juga gantikan susu dengan santan yang dimasak sekejap dengan secubit garam

Cara penyediaan sagu gula melaka:

1. Sendukkan sedikit sagu ke dalam mangkuk atau gelas.
2. Tuang gula melaka yang pekat. Kalau suka rasa yang manis, boleh letak banyak.
3. Tuang susu cair (atau santan) perlahan-lahan.
4. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dimakan

Sagu gula melaka

Senangnya sayang-sayangku semua. Rupanya tak adalah berjam nak jadikan sagu gula melaka boleh dimakan. Bila makan kat luar, 1 cawan kecil dah berharga RM5.00. Kalau nak makan puas-puas, masaklah sendiri. Resepi dan bahan-bahan pun saya dah bagi kat atas tu.. hehe

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close