Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Set Lengkap Nasi Impit Soto Ayam Dengan Sambal Kicap

Resepi Set Lengkap Nasi Impit Soto Ayam. Siapa lah yang tak suka makan nasi impit soto ayam yang sedap, kuah supnya yang membuka selera dengan sambal kicap hitam pedas! Memang selalu rindu nak makan soto nasi impit ni. Makan semangkuk dah kenyang. Kemudian, dengan ayam yang dicarik halus dan lembut. Memang best la!

Bagi saya makan soto lebih sedap bila makan dengan nasi impit. Rasa kenyang dan segar je kuah sup pekat tu. Bukannya sup cair yang selalu kita tengok tu ya..


Resepi Set Lengkap Nasi Impit Soto Ayam


Dah banyak saya cari resepi yang lengkap untuk set soto ayam dengan nasi impit tetapi resepi yang saya nak kongsi ni memang betul sedap iaitu nasi impit soto ayam cara orang-orang keturunan jawa masak.. Memang lain la, kuah supnya pun pekat likat. Hehe..

Resepi Set Lengkap Nasi Impit Soto Ayam Dengan Sambal Kicap
Resepi Set Lengkap Nasi Impit Soto Ayam Dengan Sambal Kicap



KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang)


Bahan A


1 ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)

1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D

3 batang serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup

Cara-Cara Menyediakannya

1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A dan rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)


SAMBAL KICAP

15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
1 camca besar gula putih (saya tambah)
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya

Cara-Cara Menyediakannya

1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih(saya tambah)


BERGEDIL

2 biji ubi kentang US yang bersaiz besar (direbus bersama kulit sehingga empuk, dikupas dan dilenyek halus)
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati 'ayam'
1 camca besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 biji telur ayam + 2 camca besar air (dikocak)

Cara-Cara Menyediakannya

1. Satukan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sehingga rata.
2. Ambil sejemput dari adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Culup 'jemput' bergedil dalam telur dan goreng sehingga keperangan.


BAHAN SAMPINGAN

Nasi impit
Kacang tanah (digoreng)
Suhun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Nasi impit tu senang je nak buat, beli yang dah siap segera kemudian rebus. Siap untuk makan hidangan soto ayam nasi impit yang sedap. Memang sedap kalau buat ikut resepi di atas.. mak mertua saya memang arif buat soto ayam ni samada nasi impit atau pun mee hoon. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close