Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap. Haha.. Terjebak buat cookies sebab dah ada oven. Biasa si bujang sulung yang tolong masak guna oven, tapi sejak dia dah kembali menyambung pelajarannya jauh di seberang lautan, maka saya lah yang kena rasmikan balik alat-alat memasak yang dah lama tak cuit. Selepas ternampak kat wall FB resepi buat cookies ala Famos Amos tu.. Saya pun teringin mencuba. Manalah tahu jadi dan sedap, boleh start ambik order la macam tu.. on tak on? Haha..
Kelemahan saya adalah dalam bidang kek dan cookies. Memang fail. Tak pernah cuba buat cookies pun seumur hidup. Tapi kali ni kita cuba sehingga berjaya. Okay✌✌
Tengok buat cookies ala Famous Amous ni, macam senang sangat. Resepi simple, pakai senduk je kacau-kacau bagi sebati, pastu cubit-cubit pakai tangan tak perlu tekap dan kemudian bakar! Senang kan.. 😊😊
Resepi Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap
Adunan ni dapat 4 bekas balang, yang lebar punya. Resepi ni memang banyak dapat, so boleh makan puas-puas.
Bahan-bahan seperti di bawah:
🍪250 gram Butter
🍪1 1/4 cawan Brown Sugar
🍪1 sudu kecil Essence Vanila
🍪1 biji Telur
🍪2 1/2 cawan Tepung Gandum
🍪1/2 cawan Tepung Jagung
🍪1 sudu kecil Baking Powder
🍪1 sudu kecil Soda Bikarbonat
🍪6 sudu besar Minyak Masak
🍪2 cawan Coklat Cip
🍪Almond nips / almond flakes --jika suka
Lagi premium (jenis mahal) bahan yang digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!
Cara-cara penyediaan Cookies Ala Famous Amos
- Panaskan oven ke suhu 170C.
- Pukul butter dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
- Masukkan tepung, tepung jagung & baking soda, (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti minyak masak, badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
- Bila dah jadi adunan, simpan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.
- Kemudian, gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Bila tengok resepi ni, memang mudah kan? Bila beli Famous Amos yang original tu, bukan main mahal harganya. Bila beli bahan sendiri dan buat, berbalang-balang pun boleh dapat.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.