Sarapan Nasi Kerabu Daging Bakar. Apakah pilihan lauk nasi kerabu yang anda suka? Ayam atau daging? Terpulang pada masing-masing citarasa la kan. Macam saya, lebih suka daging yang goreng, disalai atau di bakar. Rasanya memang betul-betul naik dan menambah selera. Nasi kerabu ni asalnya dari negeri Kelantan, kemudian bila ada ramai yang merantau ke negeri lain, barulah boleh didapati di mana-mana. Warung nasi kerabu pun dah banyak, nak makan bila-bila masa pun ada. Itulah kelebihannya kepada para perantau yang mencari rezeki di mana-mana saja. Pasti ada peluang perniagaan yang menanti. Yang penting kena ada usaha dan kesabaran.
Tapi dah rezeki namanya, nasi kerabu yang saya beli ni sangat recommended. Ramai yang kata sedap, lembut nasinya dan gandingan lauk dengan daging bakar memang memanggil-manggil kami untuk mencarinya. Akhirnya.. dapat jugak apa yang kami nak rasa..
Warna biru nasi kerabu dia.. memang cantik. Tak nampak seram, lembut je. Hehe.. ada sesetengah peniaga nasi kerabu mwnggunakan pewarna yang amat garang @ gelap.. nak makan pun rasa was-was..
So, hari ini kami akan breakfast nasi kerabu daging bakar. Oleh kerana sedang PKP, kami order online je nasi kerabu daging bakar ni. Sedap sangat...
Sarapan Nasi Kerabu Daging Bakar
Lama tak makan nasi kerabu ni. Sebab apa.. susah nak dapat nasi kerabu dengan kombinasi warna, rasa dan aksesori yang dicampurkan.
Kombinasi nasi kerabu dengan daging bakar. Memang awesome. Dengan sambal budu, sayur-sayuran.. dengan telur masinnya.. hmm, sedap uolss.. harganya RM6.00. Alhamdulillah, rezeki kami dapat makan nasi kerabu yang sedap.
Selamat bersantai bersama keluarga, dan bagi yang bekerja.. lakukan tanggungjawab seikhlasnya. Kita jaga kita, Allah jaga kita semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.