Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Diet Makan Nasi Yang Betul

Tips Diet Makan Nasi Yang Betul. Khas untuk anda semua yang nak diet nasi, boleh je makan nasi tetapi dalam portion yang tertentu. Makan nasi hari-hari tapi berat maintain atau turun. Bagus kan? Bagaimana tu caranya? Ada cara yang sesuai untuk diet makan nasi agar impian tahun baru anda nak turunkan berat badan tercapai. 

Tips diet makan nasi yang betul

Itulah antara ringkasan cara makan nasi semasa dalam tempoh berdiet. Siapa kata ketika diet tak boleh makan nasi? Itu tanggapan yang salah. Bila nak diet, kena ada sifu yang ada ilmu nak diet. Okay 👌👌👌


Tips Diet Makan Nasi Yang Betul 


Kalau nak diet nasi, kena ikut saranan yang diajar oleh coach diet anda. Coach diet ni memang ada ilmu tentang penjagaan makanan yang sesuai ketika proses diet sedang dijalankan.

Nak buat apa pun kena ada sifu @ cikgu tau. Tak boleh sebarangan ikut dalam internet. Setiap apa yang dibenarkan, contohnya jumlah pengambilan nasi adalah bersesuaian dengan aktiviti harian anda.

Tips diet makan nasi yang betul

Pilih nasi yang rendah glycemix index. Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)? Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri? Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).
Jangan makan nasi dalam kuah banjir. Maksudnya kalau makan kari, letak kuah kari penuh sama dengan nasi. Kan kita suka makan macam tu? Betul tak? Haha.. so, mulai sekarang dah boleh ubah cara kita makan nasi ya..

Selain itu, makan nasi ikut segenggam tangan sendiri sahaja. Bukan tangan orang lain. Nampak tu.. kalau genggaman tangan kita comel, makan comel lah junlah nasi kita. 

Last sekali, makan nasi dengan lauk yang tidak digoreng. Maksudnya makan dengan lauk pauk yang direbus, dipanggang atau kukus. Kalau nak masak sup contohnya, rebus je dalam periuk. Tak payah guna minyak. Barulah tips makan nasi kita jadi bermanfaat kepada kita pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat tentang perkongsian tips makan nasi semasa diet. Jangan tidak makan nasi langsung sekiranya makanan tersebut adalah makanan ruji kita. Badan akan terkejut jika kita berhenti makan nasi serta merta. Tetap makan nasi tetapi dalam portion atau jumlah yang sesuai dengan keperluan tubuh kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close