Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Keluarga Bahagia. Usaha untuk menggapai bahagia, biar jalannya agak berliku. Jika tak usaha, mana nak dapat hasilnya. Betul tak? Biar apa orang kata, pastikan bahagia yang kita nak gapai itu bukan atas derita orang lain.
Amalan surah al Ahqaf ayat ke 15 yang bakal saya kongsikan di bawah adalah daripada Ustaz Ebit Lew yang dikongsikan dalam FBnya. Mana yang baik kita praktikkan. Yang tidak sesuai atau amalan yang tidak baik, segera tinggalkan.
Gambar hiasan dari Google |
Amalkan Surah Al Ahqaf Ayat 15 Untuk Keluarga Bahagia
Surah al Ahqaf ayat 15 dalam bahasa Arab:
Maksud surah Al Ahqaf ayat 15,
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Khusus dibaca dari ayat yang tersebut di atas.. "Rabbi aw zi'ni an asykura nikmatakallatii... sampai habis.
Mengamalkan zikir dan doa berdasarkan ayat-ayat al Quran amatlah digalakkan terutamanya jika ia berkaitan dengan harapan yang baik-baik untuk orang yang kita sayang.
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Taksir.net
Cara membacanya? Amalkan dibaca selepas solat fardhu, dibaca sebagai doa. Insya Allah permohonan kita untuk sebuah keluarga yang bahagia akan Allah makbulkan. Membaca al Quran bersama-sama dengan ahli keluarga dan juga berkongsi akan hadis-hadis dan penjelasannya. Perkumpulan begini selepas solat amatlah digalakkan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Taksir.net
https://www.google.com/amp/s/celiktafsir.net/2016/04/13/ahqaf-ayat-15-16/amp/
2. Namazzamani.net
https://www.google.com/amp/s/www.namazzamani.net/quran/surah-al-ahqaf-ayat-15.htm
2. Namazzamani.net
https://www.google.com/amp/s/www.namazzamani.net/quran/surah-al-ahqaf-ayat-15.htm
3. FB Ustaz Ebit Lew
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.