Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalkan Surah Al-Furqan Ayat 74 Untuk Pasangan Penyejuk Mata

Amalkan Surah Al-Furqan Ayat 74 Untuk Pasangan Penyejuk Mata. Siapa yang tak nak dapat pasangan hidup yang didambakan dalam setiap doa. Ia satu rezeki yang tidak semua orang boleh dapat. Jika diizinkan oleh Allah SWT, setiap dari kita sentiasa berharap agar pasangan kita adalah teman hidup yang menenangkan dan penyejuk mata. 




Pasangan penyejuk mata tu macam mana? Tentulah pasangan hidup yang sentiasa berakhlak mulia, membimbing kepada kebaikan, memuliakan pasangan selayaknya, bertaqwa dan sentiasa ikhlas. Namun ada juga ciri fizikal yang membuat pasangan sentiasa tenang seperti senyuman, rajin memasak dan sebagainya. Itu semua subjektif. Cuma kita berharap agar Allah SWT mengurniakan kita pasangan yang saling melengkapi. Aamiin...


Amalkan Surah Al-Furqan Ayat 74 Untuk Pasangan Penyejuk Mata



Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan, baca surah Al-Furqan ayat 74. Amalkan ayat al Quran ini sebagai satu doa selepas setiap solat.

Surah al Furqan, Ayat 74




Surah al Furqan ayat 74 dalam rumi:


Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa 
Wazurriiyatinaa qurrata a'yunin wa ja'alnaa
Lilmuttaqiina imamaa


Maksudnya:


Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. 




Amalkanlah doa ini sepertimana yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam FBnya iaitu untuk mendapat pasangan penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan.

Semoga bermanfaat. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close