Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat?

Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat? Apa nama syaitan yang sering ganggu solat kita? Semasa solat lah kita ingat macam-macam, bertahun punya memori semua datang. Bila duduk diam-diam, tak ada pulak gangguan perkara-perkara yang kita terlupa tu. Hairan bin ajaib tak? Sebab tu, nak khusyuk ketika solat ni susah. Hanya orang yang khusyuk dalam solat, dialah yang beruntung.

Sebab itu kita digalakkan solat dengan sempurna iaitu dengan hafal dan faham maksud setiap bacaan dalam solat. Dengan cara itu, segala pacaindera kita seperti mulut, telinga, mata dan anggota tubuh yang lain lebih fokus dan takut semata-mata kerana Allah. Bila kita faham aoa yang kita kerjakan, maka solat menjadi lebih khusyuk. 

Siapakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat?


Kata ustaz, ada syaitan yang  kerjanya nak gagalkan solat kita. Setiap kali kita mula niat nak solat, maka dia mula menganggu. 

Syaitan Yang Sering Ganggu Kita Solat


Syaitan itu adalah yang bernama khanzab.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab sahihnya, “Daripada Abul’Ila’, bahawa Usman bin Abul Ash RA berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, ‘Sesungguhnya syaitan telah berhasil menghalang saya daripada bersolat dan bacaan saya, dia membuat saya ragu.’ 

Maka Rasulullah SAW bersabda:

“Itu ialah (gangguan) syaitan yang bernama Khanzab, apabila kamu merasakannya, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya, dan meludahlah ke sebelah kirimu tiga kali.”

Usman bin Abul’Ash meneruskan, ‘Setelah itu saya pun melakukannya, maka Allah menghilangkan gangguannya pada saya’. Ibid: (14/190) **sumber 

Syaitan Menganggu Dalam Solat Melalui 2 Pintu


Ketahuilah, sesungguhnya syaitan menggoda orang yang sedang bersolat hanya melalui dari dua pintu.

Pintu pertama: 

Hal-hal yang boleh ditangkap oleh pancaindera yang nampak, seperti orang yang solat yang mendengar suara yang kuat sehingga dia lalai dan terleka dari solatnya. Atau seperti orang solat yang pandangannya tertuju kepada sesuatu yang menakjubkannya, seperti perhiasan yang cantik dan pelbagai lagi. Pintu masuk seperti ini dapat ditutup dengan memutuskan (menurunkan) hiasan atau gubahan yang digantungkan pada ruang solat.

Oleh itu, ketika Rasulullah SAW memakai baju berwarna hitam (merah) dan ada gambar bendera yang diberikan oleh Abu Jahm kepada baginda, lalu baginda solat dengan baju tersebut. Maka setelah solat baginda meninggalkannya dan bersabda :

“Kembalikan baju ini kepada Abu Jahm, kerana dia telah melalaikan aku dari solatku. Dan bawakanlah untukku pohon mangga milik Abu Jahm.” Muttafaq ‘alaihi. Dari hadis Aisyah

Pintu kedua:

Sesuatu yang berkaitan dengan hati. Barang siapa yang memenuhi hatinya dengan rasa cinta kepada dunia, maka dia tidak mungkin mampu membebaskan dirinya daripada itu. Baik ketika solat atau waktu-waktu yang lain. Hal ini adalah kerana orang yang mencintai sesuatu, akan selalu memikirkannya. Dia memang melaksanakan solat, dia berdiri, rukuk, sujud, namun hatinya dilalaikan dan disibukkan dengan hal-hal dunia. Syaitan terbang bersamanya, dari satu lembah ke lembah lainnya dan dari satu angan ke angan yang lain.

Penerangan lanjut boleh layari *sumber yang saya sebutkam di atas.

Semoga bermanfaat..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close