Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Jaami'

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Jaami' . Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Jaami' ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
LIKE, SHARE:

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Jaami'


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Jaami'


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Jaami' = 300 kali


Ertinya : 

Al-Jaami’: Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

Fadhilat asmaul husna al Jaami' 


a) Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ‘Ya Jaami’ sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

b) Sesiapa yang membacanya ‘Ya Jaami’ tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, InsyaAllah akan dikumpulkan segala maksudnya.

c) Jika inginkan ahli keluarga kita dapat bersama berkumpul di rumah, terutama pada masa perayaan zikirkanlah ‘Ya Jaami’ sebanyak 111 kali, setiap lepas solat fardhu selama 7 hari atau sebulan dengan niat, Allah menghimpun mereka bersama. InsyaAllah akan dikabulkan hasrat tersebut.

d) Bagi menghimpunkan semula ahli keluarga yang berpecah atau terpisah akibat sesuatu mala petaka seperti peperangan dan gempa bumi; Seseorang itu hendaklah mandi pada waktu Dhuha dan merenung ke arah langit, bacakan asma ‘Ya Jaami’ sebanyak 10 kali. Kiralah dengan jari, dimana bagi setiap satu kiraan, satu hari menutup jari sehingga ke sepuluh jari tutup menggenggam. Kemudian sapu tangan ke muka setelah selesai berdoa. InsyaAllah akan ditemukan dengan orang tersebut.

e) Sesiapa menyebut ‘Ya Jaami’ berulang-ulang, InsyaAllah akan menemui benda-benda yang hilang.

f) Jika ada barang hilang atau terlupa dimana ianya diletakkan, bacalah doa berikut sebanyak-banyaknya, InsyaAllah akan segera menemui dan mendapati barang itu semula.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close