Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bila Kita Istiqamah Menyeru Kebaikan

Bila Kita Istiqamah Menyeru Kebaikan
Petikan dari Ustazah Asma' Harun

Bila Kita Istiqamah Menyeru Kebaikan. Nak buat baik bukan senang, ada je yang perli, tidak membantu dan suka jatuhkan semangat kita awal-awal lagi. Mungkin kalau tak kuat semangat, ada yang rapuh sekerat jalan. Sebab tu, berulang kali Ustazah Asma' Harun dan Ustaz Ebit Lew kata, kita buat baik sebab nak Allah sayang. Kita nak Allah lihat kita. Nampak usaha kita dan selalu di sisi kita ketika lelah dan dicaci hina. 

Lihatlah pendakwah Ustaz Ebit Lew dan lain-lainnya, bukan sedikit cabaran, halangan, hinaan dan macam-macam lagi yang terpaksa diharungi demi menyeru kepada kebaikan. Namun dengan rendah diri beliau menekankan, "ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG." Moga ini semua adalah contoh agar kita kekal kuat seperti beliau.

LIKE, SHARE:


Bila Kita Istiqamah Menyeru Kebaikan


Sahabat,
Bila kita istiqamah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka berkurang kawan dan bertambah lawan.
Teruskan buat kerana Allah dengan hikmah
PertolonganNya pasti tiba
Yang jauh makin dekat
Yang benci jadi sayang
Yang lawan jadi kawan
Manusia jika ada tanda mati, dia akan kembali

Perjuangan menyeru kebaikan
Memang tak manis saja yang datang
Sesekali pahit masam akan ditentang
Bertabahlah, kerana nak jadi baik memang tak senang lenang ya..

Kadang, yang tak menyokong kita bukanlah orang lain, ada kawan rapat yang dahulu bagai isi dengan kuku. Kini, bagai anjing dengan kucing pula. Dikatanya, nak buat baik tak payah tunjuk baik. Biarkan lah.. nanti penat dia akan berhenti. Maka, kita usahlah berhenti menyeru kebaikan. Kalau seorang menolak kita, pasti ada yang lain berbaris menghulurkan bantuan pula.

Allah tak akan biarkan kita keseorangan dalam perjuangan menuju kejayaan. Dalam keadaan tak disangka, pasti didatangkan pertolongan yang kita sendiri pun tak pandai nak meneka. Serahkan semuanya pada Allah. 

Dalam usaha menyeru kebaikan, kita tidak boleh berasa lemah. Jangan tunjuk kegagalan di awal langkah, kerana mereka yang angkuh dan sombong menanti mentertawakan kita. Tunjukkan sisi ampuh dan tabah, walau dalamannya kamu bagai nak rebah. Bersabarlah! Sabarlah! Setiap kesusahan pasti ada kesenangan pada akhirnya.

Jika langkah kamu betul, usah berasa canggung. Yakinlah, masih ada yang sayang dalam usaha dakwah kita. Walau siapa pun kita, mereka yang mencaci saat ini, pasti ada sekelumit rasa dalam hati nak berubah menjadi baik di suatu masa nanti.

Semoga Allah bantu, walau di mana akhirnya langkah kita nanti. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close