Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bulan Rejab Antara Bulan Yang Mulia

Bulan Rejab Antara Bulan Yang Mulia. Dalam kalendar bulan islam terdapat 12 bulan. Dan dalam 12 bulan tersebut terdapat 4 bulan yang dimuliakan. Iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Secara ringkas, dalam ke empat-empat bulan tersebut kita dilarang melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti peperangan, penganiayaan dan lain-lain perbuatan yang diharamkan. Dalam tulisan kali ini, saya akan menceritakan kemuliaan bulan Rejab. 

Ada yang kata Puasa 3 Hari Awal Bulan Rejab akan mendapat pahala ganjaran yang berganda-ganda, adakah itu benar? Ada tak dalil yang menyokong pendapat tersebut?

Contohnya, 13  Februari 2021 bertepatan 1 Rejab 1442 H.  Bagi yang mengerjakan PUASA 3 hari diawal Rejab seakan Ibadah 2 tahun (sabtu hingga Isnin). Bagi yang mengerjakan 3 hari berturut-turut di bulan Rejab, maka pahala ibadah 700 tahun. Dan bagi yang mengingatkan orang lain tentang puasa seakan ibadah 80 tahun. Persoalannya, adakah pendapat ini benar? 

Baca selanjutnya ... Kesitimewaan Bulan Rejab

Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu a’lam.

Doa Bulan Rejab



Bulan Rejab Antara Bulan Yang Mulia


Doa bulan Rejab dalam rumi:


Allahumma bariklana fii rajabi, wasya'baana, wabaalighna ramadhana

Maksudnya;

Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan rejab, dan Sya'ban dan sampaikan (hidupkanlah) kami ke bulan ramadhan.


Bulan Rejab Antara Bulan Yang Mulia


Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (al-Tawbah (9) : 36)

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran : Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu-di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662)

Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T.. Justeru itu telah tersebar dalam masyarakat kita behawa terdapat amalan-amalan yang dikhaskan sempena bulan Rejab ini dan ianya memiliki fadilat-fadilat yang besar. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil yang sah menunjukkan terdapat amal-amal ibadah yang tertentu bersempena dengan bulan Rejab. Hal ini telah diperakui oleh tokoh ulamak hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab (melainkan ia termasuk bulan-bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada bulan Rejab yang dapat dijadikan pegangan.

Semoga memberi manfaat kepada kita semua tentang bulan Rejab iaitu antara 4 bulan islam yang dimuliakan.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close