Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap. Nak goreng ikan ada caranya? Bukan gaul garam dan kunyit je dan boleh goreng? Semua orang pun pandai goreng ikan.. hehe, iya ke? Cuba tanya kekawan sebelah tu, pandai goreng ikan tak? Kalau tak kena caranya, ikan tu terlebih masin atau tawar je.. haha

Okay la, saya ada cara sendiri nak goreng ikan jadi sedap dan lembut isinya sampai berhari-hari. Iyo lah tu.. boleh caya ke? Jom saya ajarkan..

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

Ikan gelama putih yang telah dilumur dengan garam, kunyit dan bawang putih. Perap lebih setengah jam, then baru goreng.

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap


Caranya mudah saja.

Ambil 2 ulas bawang putih, 1 sudu makan garam dan 2 sudu makan kunyit.

Tumbuk halus kesemua bahan di atas, tambahkan sedikit air supaya rempah tersebut lembap dan mudah sapu pada ikan.

Lumurkan semua bahan tumbuk pada ikan sehingga rata.

Perapkan setengah jam @ 1/2 jam atau lebih.

Panaskan minyak dengan api yang besar. Bila minyak dah panas, kecilkan api dalam kadar sederhana dan masukkan ikan. Jangan masuk terlalu banyak. Nanti susah nak bolak balikkan ikan..

Bila ikan dah masak dan garing, angkat dan toskan.

Siap untuk diratah dengan nasi putih panas dengan sayur rebus dan sambal belacan. 

Hasilnya selepas digoreng dengan betul.. lihat di bawah.. walau gambar tak lawa, 😅😅 tapi rasanya sedap. 👍👍👍

Cara Goreng Ikan Yang Mudah Dan Sedap

Ikan gelama putih yang telah digoreng garing dengan bawang putih, garan dan kunyit. Sedap rangup.. 


Selamat mencuba resepi goreng ikan lebih lembut isinya dan sedap.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close