Dangerously Black Short Wallet Carlo Rino Dah Sampai. Inilah self reward saya untuk tahun baru 2021. Kalau boleh dan ada rezeki lebih, saya akan reward diri sendiri sebulan sekali. Setiap bulan akan hadiahkan diri dengan sesuatu yang berharga atas kerja keras selama ini. Tak payah tunggu orang lain bagi, nanti kita sendiri yang stress. Lagipun, sekarang semua benda boleh beli secara online terutama barang yang hanya terdapat di luar negara seperti beg tangan, kasut, wallet dan banyak lagi.
Kali ini saya survey wallet pulak. Rasa dah lama tak beli wallet, last beli 3 tahun lepas rasanya... kalau tak silap jenama bonia. Long wallet warna kuning, oleh kerana tak berapa minat yang panjang punya, saya bagi kat anak sedara.
Gambar di ruang dalam wallet pendek carlo rino. Nampak kemas dan amat mudah susun semua kad.
Semasa saya beli ke dua-dua barang di atas, tengah ada promosi. Maka, dapatlah lagi murah harganya.
Dangerously Black Short Wallet Carlo Rino
Akhirnya dapat beli wallet pendek idaman hati. Warna hitam, bila dah sampai kat tangan.. material dia best sangat! Lembut je.. wallet pendek 3 fold memang faveret saya. Sekarang ni kat dalam simpanan saya ada 3 wallet pendek dan semuanya dari Carlo Rino.
Inilah rupa sebenar Dangerously Black Short Wallet Carlo Rino yang saya beli dan selamat sampai kat tangan. Lembut material kulit dia. Kemudian saya terbeli sekali dengan set beg tangan dia. Shoulder beg, warna juga hitam. Seperti gambar di bawah.. love sangat.
Semua saya order online. Order 27 Januari, dapat pada 1 Februari 2021. Dan, barang dapat dalam keadaan baik. Puas hati sangat.. ❤❤❤
Kalau anda peminat beg tangan berjenama, ada banyak personal shoppers yang boleh dipercayai. Antaranya, kita boleh direct beli dengan butik outlet jenama tersebut atau boleh juga guna personal shoppers yang dah lama duduk di luar negara. Contohnya, saya suka gunakan khidmat dari Sellection.com.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.