Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Datangnya Janji Hari Kiamat Yang Benar

Datangnya Janji Hari Kiamat Yang Benar. Yakinilah tentang hari kiamat. Hari Kiamat itu benar belaka! Segala janji Allah tentang Syurga dan Neraka juga benar. Tidakkah kamu memerhatikan tanda-tandanya? Tidakkah kamu berasa takut dan cemas akan terjadinya Hari Kiamat nanti? Segala tanda yang kecil atau besar telah ditunjukkan, berada dekat di sekitar kita. Sudahkah kita bersedia? Adakah kita dah sedar? Hari Akhir akan berlaku sepertimana janji-janji Allah dalam al Quran.


Hari Kiamat atau Hari Pembalasan, amatlah gerun membaca gambaran-gambaran tentang hari tersebut. Meyakini hari kiamat adalah antara salah satu rukun iman, asas iman kita kepada Pencipta alam ini. Bayangkan pada hari kiamat nanti, kita tiada sesiapa. Tak kenal siapa pun, waima ibu dengan anak, suami dengan isteri, kawan dengan musuh.. semua tak kenal. Yang ada bersama kita hanyalah amalan soleh ketika hidup. Tidak kah kita memikirkan sedalam-dalamnya?

Datangnya Janji Hari Kiamat Yang Benar


Datangnya Janji Hari Kiamat Yang Benar


JANGAN JADI SEPERTI MEREKA YANG LALAI DARI MENGINGATI HATI KIAMAT. Semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang bersedia.

وَٱقۡتَرَبَ ٱلۡوَعۡدُ ٱلۡحَقُّ فَإِذَا هِیَ شَـٰخِصَةٌ أَبۡصَـٰرُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ یَـٰوَیۡلَنَا قَدۡ كُنَّا فِی غَفۡلَةࣲ مِّنۡ هَـٰذَا بَلۡ كُنَّا ظَـٰلِمِینَ

Maksudnya:

"Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". - [Al-Anbiya' 97]


Bukti-bukti ayat al Quran Kiamat Itu Benar!!



1. Surah AlHajj. Ayat 047




Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya dan (katakanlah kepada mereka): Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.


2. Surah Ali'Imran. Ayat 194




Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.


3. Surah Ali'Imran. Ayat 009




Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


4. Surah Yunus. Ayat 053




Dan mereka (yang meminta disegerakan azab) itu akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Adakah kedatangan azab yang dijanjikan itu benar? Jawablah: Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya ia adalah benar! Dan kamu tidak sekali-kali berkuasa menahan kedatangannya.


5. Surah Saad. Ayat 016




Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu).


6. Surah Ibrahim. Ayat 047




Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-RasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).


7. Surah AsSaaffat. Ayat 033




Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.


8. Surah AlBaqarah. Ayat 080.




Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka kecuali beberapa hari yang tertentu. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?


9. Surah AtTaubah. Ayat 077




Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Semoga segala perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Tiada yang kekal di atas muka bumi ini. Yang kekal hanyalah Allah SWT. Dan tempat tinggal kita yang kekal abadi adalah syurga atau neraka. Pilihan di tangan kita, tanyalah ilmu apa yang akan membawa kita ke syurgaNya.


Rujukan:

1. Sigir.uitm.edu.my - sumber
LIKE, SHARE:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close