Dinner Nasi Lemak Berlauk Udang Harimau Goreng Tepung. Wow!! Jarang-jarang dapat makan nasi lemak berlaukkan udang harimau goreng tepung. Sedapnya, krup krap dia punya rangup tu..
Tapi dah namanya seafood, tentulah agak mahal bagi harga sepinggan nasi lemak. Namun, jika anda tak cuba, tak jugak kan kesedapannya. Hehe.. ni first time kami makan nasi lemak berlauk seafood seperti udang dan sotong goreng tepung. Biasa makan sambal udang dan sotong je. Memang first experience la..

Nak cerita dinner kami malam tadi. Dinner nasi lemak berlauk udang harimau goreng tepung dengan sotong goreng tepung. Satu set hidangan tersebut bernilai RM15.00.
Jom layan gambar hidangan makan malam kami. Delivery man datang tadi, tepat waktu makan malam.
Dapat lihat gà mbar nasi lemak berlauk kami. Itu baru separuh udang je tu.. sebenarnya udang ada dekat 14 ketul kalau tak silap. Anggaran 200 gram. Memang rangup udang harimau goreng tepung ni, dimakan bersama nasi lemak. Yummy!!
Kalau sesekali korang nak makan nasi lemak berlauk, boleh juga layan lauk yang macam gini. Boleh jadi juga disebut nasi lemak seafood. Nasi lemak western pun ada.
Tapi jika anda semua lebih suka melayan nasi lemak ayam goreng, itu tak jadi hal. Harganya pun lebih berpatutan berbanding makan nasi lemak seafood seperti sotong atau udang goreng tepung tadi. Hehe..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.