Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Laksa Johor Sedap Makan Dengan Sambal Belacan

Laksa Johor Sedap Makan Dengan Sambal Belacan. Dah lama rasanya saya tak makan laksa Johor. Inilah antara laksa kegemaran saya. Orang Johor mestilah pandai makan laksa Johor. Paling kerap makan tentulah dalam bulan ramadan sebab laksa Johor pelbagai versi, rasa dan harga dapat ditemui. Ada yang jual semurah RM4.00 sahaja. Ada pula yang jual sekitar RM8.00 sehingga RM10.00 sebungkus. 

Peliknya, saiz hidangan yang murah dan mahal sama banyak je, adakala yang murah lebih sedap, lebih pekat dan terasa kuahnya. Iya lah, setiap orang berbeza tujuan mereka berniaga. Pilihan di tangan masing-masing. Kalau anda rasa yang jual mahal tetapi sedap.. teruskan sokong perniagaan mereka. Kalau yang jual murah tetapi sedap jugak.. itu dah rezeki kita. Betul tak?

Cuma kita nak nasihat kepada peniaga, usah menipu ketika berurusan bila melibatkan makanan. Kerana ia jadi darah daging kita juga nanti.. renungkanlah!


Hidangan laksa Johor yang sedap, lengkap dengan sambal belacan. 



Laksa Johor Sedap Makan Dengan Sambal Belacan


Laksa Johor yang saya kongsi gambarnya adalah laksa yang saya beli sebentar tadi di satu bazar makanan. Tengok rupa dia lawa kan.. nampak sedap? Mestilah, mee spaghetti dia cantik kuning dan tak lembik. Dimasak sekata. Bahan hiasan seperti timun, bawang, tauge dan daun kesum dihiris halus. Masuk mulut pun senang je nak kunyah.



Laksa Johor senang jugak nak buat. Tetapi kalau anda jenis orang yang kurang sabar dan nak makan on the spot, memang tak sesuai nak belajar buat laksa Johor. Hehe.. alamat beli je la jawapnya.

Bagi yang nak buat sendiri laksa johor asli banyak rasa ikan pada kuahnya, boleh klik pada pautan yang saya kongsikan ini,


Selamat mencuba ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close