LIKE, SHARE:
Senjata orang mukmin adalah doa. Berdoalah setiap masa, waktu senang atau susah, waktu lapang atau sempit, kerana kita tak tahu antara banyak doa yang dipohonkan, yang mana satukah Allah makbulkan. Jika anda tersekat, stress tak dapat settle masalah on the spot, berdoalah. Moga Allah makbulkan. Itukan senjata kita.. usah risau, ok👌👌
Mustajabnya Amalan Doa Ini Hapus 4 Masalah
Doa yang nak saya kongsi adalah satu doa yang amat mustajab diamalkan dan dapat menyelesaikan 4 masalah sekaligus. Tapi, kena betul cara amalannya lah..
Maksud doa di bawah;
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu, dari keluh kesah dan kesedihan. Dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat penakut dan kikir, dari lilitan hutang dan penindasan orang.
Bacaan doa menghindari masalah dan beban hutang serta penindasan dalam bahasa:
Allahumma inni a'uzubika minalhamm miwalhazan
Wal 'ajziwal kasal, waljubniwal bukhli
Wadhola'iddaini wagholabatir rijal
Nabi SAW ajarkan doa ini adalah untuk selesaikan masalah:
1) bebanan hutang
2) lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) rasa sedih dan takut
4) tiada keyakinan diri
5) selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan
Doa ini amat mustajab tau! Cuma kena tahu cara amalnya.
Cara amal doa ini adalah di baca 3 kali pada waktu pagi selepas solat subuh dan pada waktu petang selepas solat Asar. Bagus juga di baca sebelum memberi salam ketika solat (semasa duduk tahiyat akhir).
Diharapkan perkongsian ini akan memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua. Bukan semua yang kita nak perlukan modal duit semata, ada juga benda kita mintak kepada Sang Pencipta segala makhluk iaitu Allah SWT.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.