Gambar hiasan ehsan McDonald |
Maka, layari internet nampak pulak iklan McDonald. Cakap dengan anak, order McD nak ke? Dia kata boleh je sebab dah lama tak makan. Saya rasa dah berbulan juga tak makan fast food ni. Maka.. Marilah layan gambar set family McDonald yang kami order.
Memang pantas betul McDelivery ni. Saya order dalam pukul 10.48 pagi, dalam 11.15 dah sampai. Anggaran dalam resit kata 1/2 jam. Tapi 15 minit lebih kurang dah sampai. Jarak rumah dengan McDonald punya outlet pun tidaklah dekat sangat. Mungkin jalan tak jamed, kann..
Order kami..
Alhamdulillah. Dah selamat sampai semua set yang kami order. Pantas dan cekap. Hehe.. air semua tak tumpah. Cermat budak delivery tu..
Oh ya. Apa yang kami order? Antaranya:
- Family set
- Big Mac
- Apple Pie
- Ayam spicy 5 ketul
Rezeki anak saya ni, dah la dia penat study dan kelas online. Maka, untuk happy kan dia dan bagi dia motivasi sikit, kita belanja lah McDonald. Apple Pie tu kegemaran dia. Ayam spicy tu pun sama..
Semoga dengan galakan dan sokongan kita sebagai ibubapa dapat meningkatkan semangat anak-anak dalam menghadapi norma pembelajaran yang baru dan banyak cabarannya.
Sesekali belanja anak-anak makanan kesukaan mereka, bergantung kepada kemampuan kita. Tak salah kan?
Semoga kita semua jadi ibubapa yang lebih bertanggungjawab dan memahami masalah dan minat anak kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.