Order Nasi Arab Bizmilla Set Triplet. Bila dengar Mila Jirin melalui Bizmilla ada jual Nasi Arab Dapur Bawah Tanah, saya pun join pre order bagi kawasan Johor. Kebelakangan ini saya suka merasai nasi arab dari pelbagai peniaga dan akan pilih mana yang sedap, akan ulang order. Sama-sama membantu orang yang berniaga, apa salahnya kan. Yang best tu makan nasi arab adalah rasa ayam atau kambingnya yang lembut. Best sangat kombinasi nasi arab samada dimakan dengan ayam atau daging kambing. Gandingan sos dan lain-lain sayur atau salad dia, memang menaikkan rasa nasi arab.
Ada juga beberapa kedai nasi arab yang saya walk in dan makan. Memang sedap dan kena dengan tekak, tapi tak ada buat delivery pulak. Bukannya apa, bila time PKP macam ini, pergerakan kita terbatas. Jadi, terpaksalah cari alternatif lain. Cari kedai nasi arab yang lain.
Order Nasi Arab Bizmilla Set Ayam Triplet
Mula tengok kat Instagram Mila Jirin, kemudian baca kat komen, ramai yang request dari Johor. Dapat nombor wakil Johor yang ambil order, saya pun join sekali. Katanya Nasi Arab Bizmilla ni guna Dapur Bawah Tanah punya cara masaknya.. masak ayam atau kambingnya. Mesti sedap kan..
Jom tengok gambar-gambar nasi arab Bizmilla yang saya order. Oh ya, saya order hari Ahad, Isnin off day dia, Selasa baru dapat. Untuk hari lain, order hari ini, esok sampai.. haha, macam gitulah. Faham ke saya tulis tu? 😅😅😅
Inilah dia! Nasi Arab Bizmilla. Saya pilih set ayam triplet, iaitu 1 set nasi arab untuk 3 orang makan dengan semuanya di datangkan dalam 3 set. Kecuali nasi arabnya dalam satu box yang besar dan banyak! Memang berbaloi sangat beli..
Nak resepi nasi arab jugak? Dengan set lengkap dia? Boleh klik pautan di bawah;
Bau harum dia.. memang menarik perut terus rasa lapar. Bau lemon dan ayam yang dibakar dengan dapur bawah tanah. Korang rasa macam mana tu? Memang recommended la kalau uolss nak beli nasi arab in town. Kena pre order sehari awal, hari ni order esok sampai.
Set salad, sos dan sambalnya semua dalam 3 set tapi saya dah jadikan dalam 1 bekas. Makan 4 orang pun cukup ni. Ayam yang dibelah suku.. ada 3 ketul. Hmm.. alhamdulillah.
Satu set Nasi Arab Ayam Triplet berharga RM37.00. Dan ada caj penghantaran kena tanggung tapi still berbaloi beli pada saya la..
Selamat menjamu selera kepada semua pembaca blog ayborablogs.com - Informasi Santai!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.