Petua Rabun Mata. Anda ada mengalami rabun mata? Rabun dekat atau rabun jauh? Biasa rabun dekat menyerang orang tua, jauh-jauh dia nampak. Manakala, kanak-kanak hingga remaja sering diserang rabun jauh. Dekat dia nampak.. begitulah putaran kesihatan mata secara amnya. Bila sampai satu tahap, yang rabun dekat bertukar kepada rabun jauh. Kaca mata pun bertukar powernya. Semakin lama semakin tebal dan mahal pulak tu harganya.
Maka, jika ada pilihan atau petua untuk mengatasi secara semulajadi.. mengapa kita tak cuba. Betul tak? Nah.. baca sampai habis akan petua-petua merawat rabun mata.
Petua Rabun Mata
Selalu orang kata, nak merawat mata mudah sebenarnya. Perbanyak makan buah atau sayuran yang berwarna oren seperti lobak merah, tomato, keledek oren, betik dan banyak lagi.
2. Sawi juga dipercayai boleh merawat rabun. Ambil secekak sawi dan rebus dengan 2 gelas air sampai mendidih. Lepas tu, tutup api. Minum air rebusan tersebut selepas disejukkan pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Buah tomato antara buah yang terkenal untuk mata. Dalam buah tomato ada dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato jugak dikatakan berkesan mencegah kanser mata
4. Teh dikatakan boleh membantu mencegah katarak mata sebab ia membantu kawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Ada pakar menjelaskan kalau terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia boleh menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. Bagi penggemar kacang soya, ia juga bagus untuk mata. Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini boleh melindungi mata daripada sindrom mata kering.
6. Bawang putih dan merah sangat penting untuk pengeluaran glutation, iaitu sejenis sulfur yang bertindak sebagai antioksidan untuk kanta mata korang. So, jangan buang bawang merah bila makan ya.. 😊😊
7. Kacang walnut mengandungi sumber omega- 3, vitamin E dan antioksidan yang tinggi. So, nutrien ini semua amat penting dalam merawat radang mata.
8. Suka makan telur rebus? Sebatian sulfur, protein dan cysteine yang ada di dalam telur membantu melindungi mata korang dari pertumbuhan katarak. So, makan telur sehari sekali pun dah memadai untuk penjagaan mata yang sihat.
9. Brokoli mengaktifkan enzim antiradang kat dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Perkongsian di atas adalah sebagai alternatif merawat rabun mata bagi yang belum serius sangat. Sebagai cara merehatkan mata, kita boleh menggunakan petua di atas.
9. Brokoli mengaktifkan enzim antiradang kat dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Perkongsian di atas adalah sebagai alternatif merawat rabun mata bagi yang belum serius sangat. Sebagai cara merehatkan mata, kita boleh menggunakan petua di atas.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.