Resepi Mee Kari Ayam Ala Nyonya Yang Ringkas. Mee kari sedap, kuah sedap dan masak rasa dia semua awesome.. memang lah sentiasa teringat-ingat. Mee kari antara hidangan mee yang saya suka. Lagi banyak tulang ayam yang masuk dalam kuah dia, lagi saya suka.
350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200 gm bebola ayam
150 gm udang
250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200 gm taugeh (dicelur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
2 s/besar minyak sayuran
40 gm rempah kari (dijadikan pes)
500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
3 ulas bawang merah } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 cm halia } dikisar
3 cm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kumtum bunga lawang
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
650 ml air
1/2 s/kecil garam
1 keping asam keping
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning, di atas api kecil.
2. Masukkan pes rempah kari, daun kari, tumis sehingga harum.
3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak di atas api sederdana selama 5 minit.
4. Masukkan udang dan bebola ayam.
5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.
6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.
Cara hidang;
Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya.
Mee kari ayam ala nyonya, kuah dia memang warna cerah sikit dan agak cair. Saya suka mee kari kuah cair, senang nak hirup kuah dia nanti.
LIKE, SHARE:
Resepi Mee Kari Ayam Ala Nyonya Yang Ringkas
Apa beza mee kari biasa dengan mee kari ala Nyonya? Hmm.. kalau mee kari biasa, orang letak kerang dan udang. Kuah agak pekat sikit. Berbanding mee kari nyonya, dia letak ayam dan udang. Dia juga letak tauhu kembung. Kuahnya agak cair dan kurang minyak. Senang nak hirup.
Mee kari ala nyonya, cair kuahnya dan boleh dihirup. Nak bahan hiasan, terpulang. Potongkan telur rebus pun sedap.
Bahan-bahan:
350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200 gm bebola ayam
150 gm udang
250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200 gm taugeh (dicelur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
2 s/besar minyak sayuran
40 gm rempah kari (dijadikan pes)
500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
3 ulas bawang merah } dikisar
2 ulas bawang putih } dikisar
2 cm halia } dikisar
3 cm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kumtum bunga lawang
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
650 ml air
1/2 s/kecil garam
1 keping asam keping
Cara-cara Penyediaannya:
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning, di atas api kecil.
2. Masukkan pes rempah kari, daun kari, tumis sehingga harum.
3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak di atas api sederdana selama 5 minit.
4. Masukkan udang dan bebola ayam.
5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.
6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.
Cara hidang;
Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya.
Selamat mencuba. Mee kari ayam ala Nyonya ni memang sedap, seronok makan sekeluarga bila dapat hidangan mee kari nyonya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.