Sarapan Roti Canai Segera Siap Dengan Kuah Dhal. Sekarang ni banyak benda segera yang memudahkan urusan kita. Terutamanya bab menyiapkan sarapan pada waktu pagi. Jika ada frozen food untuk memudahkan urusan pagi kita, segala urusan kesibukan di pagi hari nampak macam settle dengan segera juga. Haha.. dan antara sarapan segera yang biasa saya sediakan adalah roti canai. Asal teringin makan roti canai kita goreng yang segera punya. Nak garing, lembut atau letak telur seberapa banyak pun, terpulanglah. Jadi lah roti telur, roti bawang, roti sardin.. semua boleh. Main campak je.. hehe
Yang bawah ni gambar roti canai segera dengan kuah dhal segera jugak. Memang tak mengecewakan. Ringkas dan cepat.
Lihatlah roti canai garing yang saya buat. Rangup je, kalau kat luar nak mintak garing-garing lambat je dia nak buat. Haha..
Sarapan Roti Canai Segera Siap Dengan Kuah Dhal
Apa jenama roti canai yang biasa saya beli ek? Ada banyak jenama roti canai segera yang kami suka antaranya Paratha, Kawan, Roti Pratha dan banyak lagi.
Kandungan kalori roti canai ni banyak tau, anggaran sekeping roti canai mengandungi 300 kcal. Kalau nak buang 300 kalori tu, anggaran kena jogging selama setengah jam! Wow!! Jadi, beli roti canai segera ni kita boleh kawal pemakanan, kalau rasa nak goreng 1 keping, kita goreng. Tak perlu nak kena pergi order kat warung roti canai. Betul tak?
So, selamat bersarapan bersama keluarga. Sarapan bersama-sama dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.