Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tidak Perlu Mengaibkan Orang Lain Untuk Tunjuk Kebaikan Kita

Tidak Perlu Mengaibkan Orang Lain Untuk Tunjuk Kebaikan Kita. Panjang tajuk yang tertulis, panjang juga la apa yang bermain di fikiran saya. Ke mana sebenarnya hala tuju kita di masa akan datang? Adakah perlu dicanang semua kebaikan asalkan nampak baik di mata orang lain? Bagaimana pula dengan kesalahan-kesalahan kita? Perlu juga dicanangkan atau tidak? 

Sebab itu, kita tak perlu nak perli orang lain buruk, hina dan tak alim. Memang betul kita kena beri naaihat yang baik-baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Tetapi, janganlah menjaja aib orang demi nak menaikkan diri sendiri pada pandangan orang lain. 

Tidak Perlu Mengaibkan Orang Lain Untuk Tunjuk Kebaikan Kita


Tidak Perlu Mengaibkan Orang Lain Untuk Tunjuk Kebaikan Kita


Cuba renungkan... KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tidak sedap. McDonald's pula tidak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.

TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

Lagi, MERCEDES Benz tidak pernah memburukkan kereta BMW. BMW juga tidak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.

TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

Kawan-kawan, ingatlah! Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita. Kita juga tidak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.

Malah, kita tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita.

Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.

Kejayaan kita tidak akan kekal dengan menghancurkan orang lain. Kebahagaian tidak akan dicapai dengan melukakan orang lain.

Rezeki kita juga tidak bertambah dengan mencantas orang lain. Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian hari.

Kredit Facebook

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close