Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tidak Sempurna Iman Seseorang Dari Kamu...

Tidak Sempurna Iman Seseorang Dari Kamu... | Iman tak dapat diwarisi, tak dapat diturunkan melainkan ia mendapat taufik dan hidayah Allah. Walau kita lahir dalam islam, tapi yang namanya IMAN bukan boleh datang dengan begitu saja tanpa ilmu yang betul dan amalan yang berterusan. Ketika kita lahir, kita diazankan atau diqamatkan. Agar ruh islam meresap ke dalam jiwa dan nadi kita. Seterusnya, hendaklah sentiasa di ulang-ulang diajarkan, diamalkan setiap ajaran tersebut seterusnya mengukuhkan kepercayaan kita kepada apa yang kita telah faham. Itulah IMAN iaitu kepercayaan. Nak tengok iman kita kuat atau tidak? Tengok balik kepercayaan kita kepada 6 perkara iaitu Tuhan, Rasul, al Quran, Malaikat, Hari Kiamat dan Qada' dan Qadar.

Dalam keadaan tertentu, iman seseorang ada turun naiknya. Mungkin kita ada tergelincir dalam mempercayai qada' dan qadar Allah.. tetapi seiringan dengan waktu dan pengalaman, setelah menerima hikmah di sebaliknya, kita semakin yakin dan teguh memepercayainya. Kerana itulah, iman sentiasa kena pupuk dengan ilmu dan amal. Insya Allah.. kita sentiasa berada di atas jalanNya.

Tidak Sempurna Iman Seseorang Dari Kamu...


Tidak Sempurna Iman Seseorang Dari Kamu...



Kenapa tak sempurna iman kita selagi saudara sekitar kita belum mendapatkan kebaikan atau manfaat yang sama macam kita?

Kerana, Allah menyuruh kita menjaga hubungan dengan Dia dan juga hubungan dengan manusia lainnya untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan jiwa yang hakiki. 

*Daripada Anas Radhiallahu ‘Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, bersabda : “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya.” (HR. Bukhari No: 12 ) Status : Hadis Sahih.*🍃🌷

Kebaikan apakah yang dimaksudkan dengan hadis di atas? Kebaikan itu luas maksudnya termasuklah sama-sama memberi tunjuk ajar, menyayangi sesama muslim dan sentiasa berada dalam silaturrahim. Secara lemah lembut membetulkan kesilapan dan bersama-sama memperbaikinya.

Tidak akan sempurna iman seseorang mukmin selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya yang lain sama seperti dia menyangi dirinya sendiri. Maksud menyayangi di sini adalah mengasihi, mencintai dan merasa gembira sekiranya seseorang Muslim yang lain sentiasa mengerjakan perbuatan-perbuatan yang dicintai Allah swt. Sebaliknya seseorang Mukmin itu pula akan merasa marah dan sedih sekiranya saudara semuslimnya yang lain hidup dalam penuh kemaksiatan dan kemurkaan Allah s.w.t. - sumber

Ciri-ciri Mukmin yang baik adalah dia akan sentiasa mengambil berat dan peduli tentang keadaan saudaranya yang lain. Ketika mana saudaranya itu diuji dan ditimpa dengan sesuatu musibah, dia sudi untuk menghulurkan sebarang bantuan dan pertolongan semampu yang mungkin bagi meringankan serta meredakan masalah yang dihadapinya.

Sumber - klik untuk membaca selanjutnya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close