3 Rahsia Nak Doa Dimakbulkan Dengan Cepat. Doa yang termakbul memang jadi impian dan harapan sekalian dari kita yang memang banyak dosa. Orang kata, kalau banyak dosa, doa susah nak makbul. Wallahu'alam. Tetapi, sebagai seorang pendosa, yang setiap hari tidak boleh lari dari melakukan dosa.. maka kita digalakkan mencari rahsia di sebalik termakbulnya segala doa, dan dalam keadaan segera. Siapa yang tak nak segala doa-doa kita Allah kabulkan dengan cepat, kan? Contohnya, orang yang kita sayangi sakit tenat, kita minta Allah sembuhkan dia. Habis je doa kita lihat sidia dah sedar dari koma! Memang power kan? So, nak doa yang power dan termakbul, maka ada rahsianya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yang nyata dan yang tersembunyi. Kita kena berusaha lebih.. itu tugas kita.
3 Rahsia Nak Doa Dimakbulkan Dengan Cepat
Di dalam al-Quran surah al-Anbiyā’ ada menceritakan beberapa doa para nabi yang dikabulkan oleh Allah SWT.
Inginkan doa-doa yang kita dikabulkan oleh Allah, mari kita lakukan 3 tips dari ayat al-Qur’an ini.
Berikut merupakan doa-doa para nabi yang dikabulkan di dalam surah al-Anbiyā':
1. Doa Nabi Ayyub
وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ ٨٣ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرّٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ أَهۡلَهُۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ رَحۡمَةٗ مِّنۡ عِندِنَا وَذِكۡرَىٰ لِلۡعَٰبِدِينَ ٨٤
“Dan (ingatlah kisah) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “(Ya Tuhan-ku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). (Al-Anbiya: 83-84).
2. Doa Nabi Yunus
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ ٨٧ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَنَجَّيۡنَٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٰلِكَ نُۨجِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٨٨
“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Al-Anbiya: 87-88).
3. Doa Nabi Zakariyya - Khusyuk ketika menghadap Allah SWT
وَزَكَرِيَّآ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِي فَرۡدٗا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡوَٰرِثِينَ ٨٩ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَوَهَبۡنَا لَهُۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُۥ زَوۡجَهُۥٓۚ …
"Dan (ingatlah kisah) Nabi Zakariyya, ketika dia berdoa kepada Tuhan-nya, “Ya Tuhan-ku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya…. (Al-Anbiya: 89-90).
Setelah menyebutkan doa-doa para nabi yang dikabulkan, Allah menceritakan rahsia dikabulkannya doa mereka. Allah SWT berfirman:
إِنَّهُمۡ كَانُواْ يُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبٗا وَرَهَبٗاۖ وَكَانُواْ لَنَا خَٰشِعِينَ ٩٠
(Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiya: 89-90)
Daripada ayat al-Quran di atas, terdapat 3 rahsia agar doa dikabulkan, iaitu:
1. Bersegera dalam mengerjakan kebaikan.
Jika terlintas nak berbuat baik, maka buatlah! Teruskan niat tersebut walau tiba-tiba ada halangan menerjah. Percepatkan niat baik anda, jangan sampai ia tertunda kerana asbab kebaikan itu Allah akan segera memakbulkan doa-doa kita nanti.
2. Berdoa dengan penuh harap dan gerun takut.
Usah berdoa sambil lewa dan tidak memahami apa yang didoakan. Berdoalah dengan memahami apa inti doa anda, takut dengan kekuasaan Allah, terutamanya bila Allah gunakan, "kun fayakun.. ", itulah kuasa veto Allah yang kita tak boleh nak main-main.
3. Khusyu' ketika menghadap Allah SWT.
Berdoa paling makbul dan tiada hijab antaranya adalah pada sepertiga malam, dalam keadaan sunyi ketika kita tahajjud. Memang doa pada waktu tersebut, khusyuk dan tiada hijab. Allah akan makbulkan dalam keadaan yang kita tak sangkakan.
Semoga bermanfaat. Jadikan doa-doa kita sebagai senjata di saat kita tak ada sesiapa yang boleh membantu, di saat kita amat buntu dan di saat kita sudah habis ikhtiar. Allah tempat kita berserah!
2 Comments
Terima kasihhh SBB bagi ilmu
ReplyDeleteSama², semoga bermanfaat
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.