Doa Untuk Hati Yang Lelah. Doa Bila Beratnya Ujian Yang Ditanggung. Sudah tidak tertanggung dengan ujian demi ujian. Maka, kembali lah kepada Allah. Ceritakan semuanya. Bila disebut ujian hidup, orang sangka ia berkaitan dengan duit semata-mata. Tidak benar tanggapan itu. Persepsi ujian terhadap seseorang dengan orang lain amat luas maksudnya. Hubungan tak baik dengan ahli keluarga juga ujian, gagal dalam kerjaya juga ujian. Ditipu dalam perniagaan juga ujian. Luas betul skop ujian ni sebenarnya..
Doa dalam bahasa:
Walau kita digalakkan berserah dan berdoa, janganlah usaha kita mati setakat itu. Kita masih wajib berusaha dengan tulang 4 kerat mengubah nasib untuk kehidupan yang lebih baik.
Bacalah Doa Ini Bila Beratnya Ujian Yang Ditanggung
Saat bahu rasanya tak terdaya memikul ujian kehidupan, Istighfarlah!
Dan, amalkanlah doa di bawah ini,
Ya Allah, janganlah kau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. - Surah al Baqarah:286.
Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thoo qotalanaa bihii
Dengan mengamalkan doa ini, diharapkan kita masih kuat berpaut pada keyakinan bahawa segala ujian ini akan Allah gantikan dengan perkara-perkara yang lebih baik.
Doa adalah senjata kita paling ampuh. Tak ada senjata lain dah, sebab tu bila doa dipohonkan pada tahajjud di sepertiga malam, ia umpama panah yang tepat mengenai sasarannya.
Berdoalah melebihi 3 kali setiap apa yang kita hajatkan, insya Allah segala doa akan dijawab oleh Allah SWT samada cepat atau lambat.
Maka, bersabarlah. Setiap ujian adalah sebagai hadiah untuk menjadikan kita sebagai seorang yang lebih baik.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.