Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal. Siapalah yang tak ada zaman jahil dulu-dulu kan? Semua orang ada masa silam yang penuh hitam dan kelam. Antara silap masa lalu yang paling sering kita buat adalah tertinggal solat fardhu atau pun sengaja tak solat. Alasan mudahnya sebab malas! Alangkah jahilnya kita di satu masa dulu, kan? Sedangkan solat lah perkara pertama yang akan disoal di alam kubur nanti dan seterusnya di padang mahsyar. Ya Allah, bila diingat semula.. takutnya.. Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita.
Tak sempat QADA' solat fardhu yang tertinggal zaman jahil kita dulu. Nak qada' senang je, tak perlu tunggu tua baru nak qada' atau ganti solat yang tertinggal.
Masih tidak terlewat untuk menebusnya selagi rezeki nyawa kita belum habis sampai ke tengkorok kita.
Cara Niat Qada' Solat Fardhu Yang Pernah Tertinggal
Menurut Ulama mazhab Syafi’e, sesiapa yang mempunyai terlalu banyak solat yang ditinggalkan sehingga tidak tahu berapa lama tertinggal atau berapa jumlahnya, makanya, hendaklah mengqada'kan solat-solat tersebut seusai solat fardhu setiap hari sehingga diyakini semuanya telah diganti. Boleh qada' sekali atau sedaya mampu. Semoga ALLAH mengampuni dan menerima solat kita.
JOM QADA' SOLAT FARDHU
Cara niat qada' solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Cara niat qada' solat subuh
2. Cara niat qada' solat Zuhur
3. Cara niat qada' solat Asar
4. Cara niat qada' solat Maghrib
5. Cara niat qada' solat Isyak
Moga Allah izin dan bantu kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.