Frozen Pau Sedap Inti Blueberry. Zaman sekarang dah mudah, nak makan apa yang tekak terasa nak makan, beli je. Yang siap di masak atau pun frozen. Sekarang semua ada. Aap je yang tak ada.. bila teknologi semakin canggih, kehidupan semakin dipermudahkan. Ini semua berlaku pun bila Allah izinkan. Dengan izin Allah. Contohnya, teringin nak makan sarapan pau blueberry. Bukak peti ais bahagian freezer, macam-macam ada. Entah bila beli pun tak ingat. Terus panaskan rice cooker, air dah mendidih, letak alas dia dan kukus. 2 minit siap! Mudah kan?
Frozen Pau Sedap Inti Blueberry
Selain pau blueberry, saya pun goreng karipap inti kentang frozen. Goreng sekejap, dah sedia sarapan pagi kami.
Pau frozen inti jem blueberry. Wangi sangat bau dia, semerbak satu rumah ketika kita mengukus. Bau masam manis jem blueberry, memang membuatkan terus perut rasa lapar di awal pagi. Rupanya pau inti jem blueberry lebih sedap rasanya daripada pau inti kacang merah. Tak caya, cubalah. Cari je kat mana-mana mini market, beli dan kukus. Memang sedap hingga licin dibuatnya.
Sambil kukus pau inti blueberry, kita goreng sekali karipap pusar inti kentang. Maklumlah ramai orang kat rumah, kena masak sarapan lebih sikit. Hehe..
Semoga keluarga kita semua diberkati selalu, dengan hidangan air tangan kita walau sekadar kukus je, tetapi produk frozen memang memudahkan kerja kita. 👌👌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.