Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Siakap 3 Rasa Sedapnya Hingga Menjilat Jari!

Ikan Siakap 3 Rasa Sedapnya Hingga Menjilat Jari!. Sedar tak sedar dah habis 1 ekor ikan siakap 3 rasa kita orang ratah. Sos dia sedap sangat, masam, manis, bau haruman daun ketumbar.. apa lagi nak kata? Memang itulah kegemaran kami bila makan kat luar @ di seafood restoran. Paling tidak 2 minggu sekali kena ada menu ini dalam juadah harian di rumah atau makan di luar. Semua satu keluarga suka dengan siakap 3 rasa ni. Yang penting kena goreng rangup, barulah boleh ratah licin sampai tulang-tulang sekali lesap.. hehe

Puasa ramadan pun dah dekat, mesti sedap dan membuka selera dengan menu siakap 3 rasa di atas meja makan waktu berbuka. Bersemangat je rasa nak makan, kalau boleh nak ada menu macam ni setiap hari. Tapi tak larat la dek non.. bukan murah jugak seekor ikan siakap. Kalau tak kena masa, harga seekor cecah RM22.00 jugak. 

Tapi masih amat murah dibandingkan harga ikan siakap kayangan yang viral baru-baru ni yang dicaj melebihi RM1,000 seekor. Bertabahlah ya sesiapa yang mengalaminya..

 


Ikan Siakap 3 Rasa Sedapnya Hingga Menjilat Jari!



Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap. Resepi ikan siakap yang sedap di bawah nanti adalah koleksi daripada blogger masakan yang banyak di internet. Ada resepi yang saya ambil dari Azie Kitchen, Yatie Memories, Azlita Masam Manis, En Mat Gebu dan ramai lagi. Tetapi oleh kerana ada stok ikan siakap yang banyak kat rumah ni.. saya nak cari pelbagai resepi ikan siakap yang sedap-sedap dan mudah. Nak tanya lah.. ikan siakap sedap ke masak sup? Tak pernah dengar pulak.. hihi


Tiga rasa ni apa bahan utamanya? Nak tahu ke? Kalau ikut pengalaman saya, 3 rasa tu datangnya dari sos yang dimasak iaitu campuran sos tomato, sos cili dan sos plum. Perahkan jus lemon lagilah sedap. Hiasannya letak daun ketumbar. Haishh.. sedapnya aroma daun ketumbar bila tergigit dengan ikan siakap goreng dan sos-sosnya. Kan??

Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap
Gambar hiasan - Resepi Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Bahan bahan:

1 ekor ikan siakap - (di goreng dengan minyak yang penuh)
2 sudu besar minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar - sebagai hiasan

Bahan-Bahan Sos: 

2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum - guna sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
1 sudu kecil kicap manis

Cara menyediakan ikan siakap goreng 3 rasa yang sedap


1. Goreng ikan siakap dengan dilumur garam dan kunyit terlebih dulu dan digoreng garing.

2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, dan garam secukup rasa. 

5. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Hiaskan dengan daun ketumbar, jika suka.

6. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas.

Ikan Siakap 3 Rasa Sedapnya Hingga Menjilat Jari!

Ikan Siakap 3 Rasa Sedapnya Hingga Menjilat Jari!

Begitulah resepinya siakap goreng 3 rasa yang sedap. Sedap dimakan dengan nasi putih dan ada kuah tomyam sayur atau kailan goreng biasa. Itu pun dah cukup menyelerakan..

Selamat mencuba ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close