Jawapan Allah Bila Kita Menyesali Takdir. Pernah tak anda semua menyesali takdir yang tertulis? Apakah perasaan anda bila takdir hidup tidak seindah yang diharapkan? Adakah anda meraung dan mengeluh? Apakah anda biarkan sahaja dan jawab, "follow the flow.."? Berserah begitu, apa yang anda dapat? Tenang dan tenteram ke? Atau anda lawan balik dan fight sehingga puashati?
Maka, apa kita boleh buat untuk mengubah takdir? Adakah benar doa boleh mengubah takdir seorang? Menjawab persoalan ini, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias ada menjelaskan tentang takdir mengikut pandangan ulama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.
Jelas beliau terdapat dua jenis takdir yang ditetapkan oleh Allah iaitu Taqdir Mubram dan Taqdir Mu’allaq.
Taqdir Mubram adalah takdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya hidup atau mati.
Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.
Contohnya panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).
Itulah persoalan demi persoalan yang menerjah minda bila takdir yang tertulis tidak berpihak kepada diri. Semuanya serba tak kena? Mengapa Allah tuliskan takdir yang begini untukku?
Allah SWT tidak saja-saja mentakdirkan kita jadi apa dan bagaimana nanti kehidupan kita melainkan untuk menghantarkan kita hikmah-hikmah yang banyak. Samada secara nyata atau pun tersembunyi.
Jawapan Allah Bila Kita Menyesali Takdir
Dalam surah al Furqan, ayat 2, Allah SWT berfirman, "Kehendak dan Takdir kepunyaan Allah. DIA telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya."
Oleh itu, usahlah kamu menyesali takdir ke atasmu. Semua orang telah disediakan takdir perjalanan hidup masing-masing. Cara menerima takdir itulah yang membezakan setiap makhluk di atas muka bumi ini.
Sudah takdirnya - "Hendaklah Engkau tahu bahawa apa saja yang ditakdirkan akan menimpamu, tidak mungkin luput darimu. Dan apa saja yang ditakdirkan luput darimu, pasti tidak akan menimpamu.
Ya Allah, ku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan. Beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah dariMu.
Keutamaan redha kepada takdir Allah Taala. Al Imam Ibnu Qayyim rahimullah berkata, "Barangsiapa yang mengisi hatinya dengan redha terhadap takdir, maka Allah akan isi jiwanya dengan kecukupan, keamanan dan sifat Qanaah (merasa cukup), dan Allah akan memfokuskan hatinya untuk cinta kepadaNya, kembali serta bertawakkal kepadaNya.
Jika Allah menuliskan sesuatu untuk menjadi milikmu, maka itu akan menjadi milikmu. Waktunya mungkin berbeza, perjalanan pun mungkin berbeza, perjalanannya pun mungkin berbeza, tapi itu tetap akan menjadi milikmu.
Jelas beliau terdapat dua jenis takdir yang ditetapkan oleh Allah iaitu Taqdir Mubram dan Taqdir Mu’allaq.
Taqdir Mubram adalah takdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya hidup atau mati.
Sementara Taqdir Mu’allaq adalah takdir yang tertulis, yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia.
Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.
Contohnya panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.