Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa. Throwback malam tadi. Lepas balik dari kampung, perut kelaparan pulak. Sebelum balik rumah, kita orang round taman sebelah di sepanjang perjalanan pulang. Hajat di hati nak cari seafood restaurant sebab nak makan tomyam. Tetapi sadisnya, semua restoran penuh padat dan parking lot semua full house. Mungkin sebab dah boleh makan kat luar dengan syarat patuhi SOP.. maka ramailah orang kita semua makan di luar. Lagipun malam minggu, kan?
Habis dah round, semua tempat penuh. Maka dengan lemahnya balik je la masak maggie. Haha.. tapi.. betul-betul nak balik taman kita orang, ada satu restoran ni tak berapa ramai orang. Dah rezeki si bujang ku agaknya, dapatlah mengisi perut dengan tomyam dan siakap 3 rasa. Alhamdulillah. Rezeki memang tak salah alamat.
Makan Malam Dengan Siakap 3 Rasa Dan Tomyam Seafood
Oleh kerana semua orang pun makan kat luar, ada sesetengah menu dah habis awal. Contohnya nak order sotong goreng tepung, pun dah sold out. Puyuh masak sambal pun sold out. Makan lah apa yang ada itu. Pun dah syukur.
Jom layan gambar makanan semalam. Siakap 3 rasa dia memang sedap. Memang kaw. Cara goreng siakap dia pun garing dan masak di dalam. Sos dia paling win. Dengan haruman hiasan daun ketumbar dan salad. Memang terbaik!!
Suasana dalam restoran memang agak padat, tetapi setiap meja khas untuk 4 orang sahaja. Kawasan meja yang dipangkah tidak boleh digunakan. So, memang agak jauh la nak capai makanan. Tapi tak apa, itu SOP yang kena ikut. Kita bagi kerjasama je..
Giliran menunggu pun tak lama, sesuai dengan perut yang sedang kelaparan. Rezeki kami dapat servis yang cepat dan juga makanan yang enak.
Ok bye. Sekadar coretan santai bersama keluarga tersayang.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.