Makan Malam Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung. Orang Malaysia dahulunya makan nasi lemak waktu pagi je untuk sarapan. Tapi sekarà ng, nasi lemak dimakan sepanjang masa dengan lauk pauk ikut suka kita.. hehe, nak makan dengan ikan bakar ke, nak makan dengan chicken grill ke, semua boleh. Yang penting sediakan ongkosnya. Kalau dulu makan nasi lemak sepinggan harga sekitar RM5 hingga RM7. Sekarang, dengan nasi lemak lauk hipster, sepinggan nasi lemak boleh dijual pada harga RM17.00.
Makan Malam Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung
Tadi kami makan nasi lemak sotong goreng tepung dengan nasi lemak siakap bakar. Memang sedap lauk-lauk tersebut. Makan nasi lemak waktu sekarang bukan lagi statik pada lauknya ayam goreng, telur mata, sambal udang dan sebagainya. Sekarang, orang makan nasi lemak dengan pelbagai lauk, nak seafood atau western. Terpulang dengan tekak masing-masing. Hehe..
Jom layan gambar nasi apa yang kita orang makan..
Lagi satu, kami order set nasi lemak siakap bakar. Sedapnya. Tak sangka nasi lemak makan dengan siakap bakar rasanya lebih sedap dan lain sikit. Rasa baru.. yang memang first time kami rasai.
So, jika anda inginkan kelainan, anda boleh cuba order makanan sebegini di mana-mana restoran nasi lemak hipster. Budak-budak muda suka bereksperiment dengan benda baru, kalau sesuai kita sokong. Kalau tak kena dengan selera, kita abaikan je.
Selamat menjamu selera bersama keluarga anda, jangan stress tak tahu nak makan apa. Makanlah apa yang anda teringin nak rasa, yang penting halal.
Bye!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.