Marahnya Orang Yang Bijak Dan Mulia. Kenapa marah? Apa puncanya? Adakah marah itu hasutan syaitan? Kalau benar, bagaimana nak mengatasinya? Banyak dah kita baca dan belajar, marah itu mainan syaitan. Kita kena lebih berhati-hati ketika marah, jaga lisan dan sikap kita.
Marah akan membuka peluang orang lain melihat sisi sebenar kita. Ketika marah, kita akan rasa lebih penat kerana tenaga yang dikeluarkan berganda-ganda banyaknya. Tetapi jika kita marah namun memilih untuk bersikap tenang dan sabar, sedikit saja tenaga yang digunakan malahan hati pun berasa lapang.
Tinggalkan kawasan di mana situasi marah itu ditimbulkan, berdiam diri dan menarik nafas perlahan-lahan. Akan ada jalan penyelesaian bagi orang-orang yang berakhlak mulia.
Marahnya Orang Yang Mulia
Ada banyak golongan yang akan membuka pekung di dada ketika mereka marah. Aib boleh terdedah tanpa diduga terutama dalam keadaan seperti sedang mabuk, marah, atau mungkin dalam keadaan bergurau.
Nak tahu sikap dan lisan yang baik dari orang yang marah? Apa bezanya?
"Kata Imam Syafi'i, marahnya orang yang mulia boleh terlihat dari sikapnya dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya."
Maksudnya, orang yang baik akan mempamerkan sikap terpuji ketika marah, contohnya diam, mengambil wuduk, berbaring dan sebagainya iaitu sikap-sikap yang baik. Orang yang mulia tak akan mengeluarkan kata-kata kesat yang menyakitkan.
Sebaliknya, orang yang bodoh, akan memaki hamun, berteriak dengan kata-kata keji, menuduh orang dengan bermacam-macam andaian dan berbagai lagi ucapan kotor yang tidak menyenangkan. Keadaan ini menambah aib sendiri dan membuat orang memberi andaian buruk kepadanya.
Pilihan di tangan sendiri, nak jadi orang yang bagaimana. Kunci dalam marah adalah kesabaran. Diam orang yang marah adalah senjata paling ampuh menunjukkan anda orang yang bijak.
Jangan diikut perasaan amarah. Ia tidak membawa untung kepada sesiapa. Kerana, lebih banyak marah.. ia hanya akan membawa kepada perbalaban yang tidak berguna.
Sentiasa jaga akhlak, lebih baik diam jika itu boleh membawa banyak kebaikan dari keburukan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.