Pelepasan Cukai Individu Tahun Taksiran 2020. Borang e-BE Tahun 2020 sudah boleh diisikan dan dihantar ke LHDN mulai 1 Mac 2021. BE adalah borang cukai pendapatan individu yang bekerja makan gaji dan memiliki pendapatan dari kerja yang dilakukan kepada majikan seperti gaji, bonus, elaun-elaun dan juga sewa persendirian. Jika nak buat filing cukai secara online, kena isikan borang e-BE iaitu e-filing.
Walau gaji kita tidak mencukupi untuk declare pengenaan cukai, kita masih dikehendaki mengisi borang melaporkan penggajian kita kepada LHDN. Jika selepas dikira dan diberikan pelepasan cukai tiada baki yang boleh dikenakan cukai, maka kita tidak perlu membayar cukai.
Pelepasan Cukai Individu Tahun Taksiran 2020
Untuk tahun taksiran 2020, borang BE dah boleh diisi mulai 1 Mac 2021 dan diserahkan segera kepada LHDN melalui serahan sendiri atau serahan secara elektronik (dalam talian).
Di bawah ini adalah jadual pelepasan cukai tahun taksiran 2020 yang dijadikan rujukan kepada kita semua. Sumber dari laman rasmi LHDN. Pelepasan cukai individu yang dimaksudkan adalah untuk pemastautin.
Pemastautin adalah seorang individu yang bermastautin di
Malaysia bagi tahun asas untuk suatu tahun taksiran seperti yang
ditentukan di bawah seksyen 7 dan subseksyen 7(1B) ACP 1967. - rujuk LHDN
Layanan cukai ke atas individu bermastautin dan tidak bermastautin
Taraf mastautin individu yang dikenakan cukai di Malaysia menentukan
sama ada individu dikenakan cukai sebagai pemastautin atau bukan
pemastautin di Malaysia. Perbezaan nyata dalam layanan cukai ke atas
individu bermastautin atau tidak bermastautin adalah seperti di nyatakan dalam penjelasan LHDN.
Dalam senarai jadual, perkara 1 - 6, kebanyakan kita semua akan mengambil pelepasan individu atau tanggungan. Itu pun jika kita ada menanggung ibubapa atau adik beradik di premis tempat tinggal kita.
Pelepasan cukai untuk anak di bawah 18 tahun hanya terhad kepada 2 orang anak sahaja. Namun jika anak berumur melebihi 18 tahun dan sedang belajar, boleh dapat pelepasan lagi RM2000.
Jadual pelepasan cukai di atas adalah dari sumber laman web rasmi LHDN dan anda boleh layari untuk keterangan lanjut.
Jika dilihat secara rawak, tiada perubahan pelelasan cukai seperti tahun 2019 yang lalu.
Untuk penjelasan lanjut, sila terus layari website LHDN.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.