Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Powernya Doa Inna Haa Zaa Larizkunaa Maa Lahuu Min Nafaad Rezeki Yang Tak Putus-Putus

Doa Kecukupan Rezeki Yang Tak Putus-Putus. Powernya Doa Inna Haa Zaa Larizkunaa Maa Lahuu Min Nafaad Rezeki Yang Tak Putus-Putus. Bila sebut rezeki ramai yang sangka duit saja. Memang betul duit atau wang adalah salah satu bentuk rezeki yang utama dan senang nak nampak. Banyak duit, rumah besar, kereta mewah.. material rezeki yang senang dikenali. Namun jangan lupa, kesihatan yang baik juga rezeki, anak-anak bijak juga rezeki. Dan dapat kawan sahabat yang prihatin juga rezeki. So, jangan hadkan pandangan anda tentang rezeki pada satu-satu bentuk sahaja seperti wang. Okay..

Selain kita kena berusaha dan bekerja keras untuk dapatkan rezeki yang melimpah ruah, kita juga digalakkan untuk berdoa. Berdoa itu umpama senjata yang kita guna pada bila-bila masa dan ketika. Saya amat yakin dengan doa-doa yang diamalkan kerana ternyata dan terbukti doa-doa tersebut biasanya Allah akan kabulkan dalam waktu yang tepat. Saya amat percaya kerana ia telah terbukti ke atas diri saya sendiri.

Dulu, saya malas berdoa. Lepas solat, lipat sejadah dan terus buat urusan duniawi yang lain. Saya lupa untuk meminta-minta kepada Allah. Kononya, tak doa pun boleh berjaya dan kaya.

Tetapi percayalah, bila kamu buang malas dan ego. Mula berdoa dan meminta kepada yang Maha Kaya, kamu akan dapat merasai kekayaan yang kamu perolehi itu penuh keberkatan, sentiasa cukup dan rasa bahagia.


Betapa Powernya Doa Kecukupan Rezeki Yang Tak Putus-Putus


Jadi, dalam entri kali ini saya nak share satu doa yang dah jadi basah di bibir saya setiap kali teringat nak rezeki luas dan cukup.

Doa ini memang power. Sejak dah amalkan doa ini, saya tak pernah lagi kehabisan duit atau putus duit. Duit secara asasnya yang digambarkan sebagai rezeki, menjadikan rezeki saya yang lain tak pernah berkurangan. Malah, Allah tambahkan pula rezeki-rezeki lain yang berlanjutan. 

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Bersyukurlah! Akan Allah tambahkan nikmatmu!


Doa Kecukupan Rezeki Tak Putus-Putus


Inilah doanya. Inilah ayatnya dari al Quran. 

Innahaa za larizkunaa maa lahu minnafaad.. ayat 54 suruh as-Saad

Powernya Doa Inna Haa Zaa Larizkunaa Maa Lahuu Min Nafaad Rezeki Yang Tak Putus-Putus

Maksudnya;

Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur'an) 

"Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis." (As-Saad: 54 )


Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat.

Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah. Allah, tidak mungkin hampakan kita.


Amalannya:


1) Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. 

2) Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet. (baca sekali sahaja )

Alhamdulillah,... ayat ni saya amal selepas zikir subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali,  dan Innahaaza larizkunaa maa lahuu minnafaad
(Doa rezeki tak putus ni 33 kali).

Insya Allah.. semuanya akan berjaya seperti yang kita hajatkan. Doa-doa sambil menyebut nama Allah, amatlah mustajab. Ia ibarat senjata ampuh yang tidak dapat disangkal lagi!

Cubalah! Anda akan tahu kesannya kepada diri dan kehidupan anda. Jangan risau tak tentu pasal bila duit atau rezeki berkurangan. Allah kan ada. DIA MAHA KAYA. DIA PEMILIK ALAM INI. Mohonlah hanya kepada DIA.

Nak mencantikkan lagi doa di atas, rezeki tak putus juga boleh dari asbab kita bersedekah. Maka, keluarkan sedikit harta kesayanganmu, sedekahlah! Itu juga punca rezeki hadir mengalir tak putus-putus.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua pembaca blog ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close