Resepi Biskut Makmur Pandan. Raya dah nak dekat, tapi kena puasa dulu la ya. Penuhi ramadhan dengan amalan bermanfaat dan gandakan segala usaha untuk menggapai redha dan ganjaran pahala dari Allah SWT. Bila semua usaha dah dibuat, barulah happy nak buat kuih raya sebagai hadiah kepada diri sendiri.
Untuk idea biskut raya tahun ini, saya kongsikan resepi biskut makmur pandan yang sedap, sama sedapnya dengan biskut makmur original.
Resepi Biskut Makmur Pandan
Namanya makmur pandan, jadi warnanya pun hijau macam daun pandan. Nampak cantik dalam bekas kuih, dan rasanya pun sedap. Bagi penggemar kuih makmur, perisa pandan ini mungkin jadi salah satu pilihan baru, kuih yang boleh dibuat & dirasa pada hari raya nanti.
Bahan-bahan:
400gm ghee (minyak sapi)
800gm tepung gandum
Paste pandan
Coklat putih
Gula halus
Susu tepung Nespray
Cara Penyediaan Biskut Makmur Pandan
1. Ghee (minyak sapi) dicairkan dan dibiarkan sejuk.
2. Tepung dipanaskan dlm kuali. Biarkan sejuk. Gaulkan keduanya sehingga membentuk doh. Masukkan paste pandan dan gaul sehingga warna sekata.
3. Bulatkan doh, masukkan coklat cip putih atau coklat dalam doh.
4. Bakar 150°c dalan 15 hingga 20 minit atau masak.
5. Biarkan sejuk. Gabungkan gula halus dan susu Nespray (saya guna lebih susu drp gula) Gaulkan biskut yg telah masak tadi dalam gula + susu..
Senang je, sesaja nak share.
Credit : Dina Sia
Semoga resepi biskut makmur pandan yang dikongsikan jadi salah satu koleksi kuih raya anda tahun ini. Harapnya kuih tradisional ini akan tetap kekal dalam zaman sekarang, dan anak-anak muda menyukainya.
1 Comments
Hi thank you for the resepi. nak tanya kalau tak nak letak coklat, doh perlu bakar juga ataupun tak payah?
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.