Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar. Resepi Butir Nako ni hidangan pantai timur, Kelantan terutamanya. Butir Nako selalu senang nak jumpa ketika bulan ramadan, ramai je orang jual kat bazaar.

Resepi butir Nako kali ini saya kongsikan resepinya dari chenom.com. Resepi di bawah ni versi Che Nom, beliau pakai gula pasir je. , kalau uolss nak guna gula melaka dalam kuahnya pun boleh,  dan warna kuah akan bertukar menjadi sedikit perang. 

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar

Butir nako @ nangka yang guna 1 warna sahaja, kurang menarik tetapi rasanya pasti sedap, sama saja dengan yang warna warni. 

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar

Butir nako berwarna warni sesuai untuk orang yang rajin asingkan tepung pulut kepada beberapa warna. Bersemangat sikit anak-anak nak makan.. hehe

Resepi Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar


Oleh: Che' Nom
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak:10 minit
Jumlah Hidangan:6 orang

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biji butir nangka @ nako:

3-4 cawan tepung beras pulut
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
air
pewarna makanan secukupnya

Bahan-bahan untuk kuah:

2-3 mangkuk besar santan dari 1/2 biji kelapa ATAU 1 kotak santan segera
sehelai daun pandan, carik dan simpul
1 sudu kecil rempah biji halba
gula
garam

Cara-cara Penyediaan Butir Nako @ Nangka Sedap Dan Segar


Cara-cara untuk biji butir nangka:

1. Panaskan air di dalam periuk.
2. Bancuh air kapur bersama air dan garam. 
3. Tuangkan sedikit demi sedikit ke atas tepung pulut. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh dan uli bersama beberapa titik pewarna kesukaan anda sehingga warna doh sekata. Cubit sedikit dan bentukkan doh menjadi bujur. Ulang proses sehingga doh habis.
4. Rebus butir doh di dalam air panas tadi sehingga timbul di permukaan dan kautkan ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.

Cara-cara untuk kuah:

1. Panaskan santan di atas api perlahan.
2. Masukkan biji halba dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan biji butir nangka yang telah ditapis dari air rendaman tadi.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kacau kuah dengan perlahan sehingga mendidih dan tutup api.

Tips:

☑ Kuah akan lebih sedap jika anda gunakan santan segar berbanding santan kotak.
☑ Kuah juga harus lebih rasa manisnya. Anda harus pandai mengagak gula yang perlu dimasukkan ke dalam kuah mengikut citarasa sendiri.
☑ Kalau suka kuah butir nako berwarna perang, boleh masukkan gula melaka.

Selamat mencuba butir nako yang sedap ini. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close