Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Dan Watak Dalam Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria

Sinopsis Dan Watak Dalam Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria. Mulai 23 Mac 2021, drama menarik karya Siti Rosmizah bakal ditayangkan. Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Dengan lakonan Shukri Yahya, saya rasa ramai yang akan mengikuti drama RASN hingga tamat. 

Drama RASN adalah drama adaptasi dari novel ke 9 Siti Rosmizah. Drama ini juga diterbitkan oleh Siti Rosmizah sendiri. Drama ini membawa tema cinta dan kekeluargaan.


Info ringkas Rindu Awak Separuh Nyawa;


Tajuk: Rindu Awak Separuh Nyawa
Karya : Siti Rosmizah
Pelakon : Shukri Yahya, Uqasha Senrose, Marsha Milan
Jumlah episod : 40
Pengarah : Jamal Khan, Along Kamaludin
Siaran : Astro Ria ( Slot Megadrama)
Waktu tayangan: Isnin - Khamis, pukul 10 malam.

aynorablogs.com Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Gambar kulit novel Rindu Awak Separuh Nyawa


Watak dan karekter dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa


Nazril - Hitam manis (sama macam Khuzairi) awalnya seorang suami yang romantis. Namun, usai rahsia itu hinggap ke telinganya, Maisara dianggap seperti musuh! Cuba berbaik, namun gagal sebab mudah sangat percaya pada fitnah. 

Kasih Maisara - Diva! Tapi... Lepas jadi isteri diva tu hilang perlahan-lahan. Namun sayang, cintanya untuk Nazril dipijak lumat dengan mudah. Berusaha dia kembali menagih kasih sehingga terpaksa mengorbankan nyawa sendiri tapi Nazril tetap dengan ego langit ketujuhnya.

Nurul Huda - Puaka niyang rapik ni acah muslimah tapi mengadu domba ya ampun. Sama kategori puaka dengan Mak Esah dan Saleem juga Agil. Jenis nak hancur famili Nazril.

Umi dan Manja - Keluarga Nazril yang sangat saya gemari dalam kisah ini. Umi yang baik hati juga Manja yang lembam menjadikan kisah ini lebih warna. 

Watak-watak lain seperti Aidil si pengharap cinta, Qis dan Din sahabat sejati saya kira menggamatkan lagi jalan cerita.


Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Di Astro Ria


Sinopsis


Kasih Maisara (Uqasha Senrose) menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib (Khairil Anwar Aman), kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil (Fizo Omar), anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.

Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim (Shukri Yahaya) yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally (Fiza Thomas) yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. 

Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui. 

Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda (Marsha Milan), gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. 

Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. 

Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.

Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, anda boleh tonton di Astro Ria Slot Megadrama mulai 23 Mac 2021.

Ambil segala yang baik sebagai panduan dan mana yang tidak baik, jadikan pengajaran.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close