Sinopsis The Penthouse 2 Episode 13. Dalam episode 11 & 12 sebelum ini, Joo Dan Tee telah di tangkap polis atas segala tuduhan jenayah dengan pakatan antara Suryeon, Yoon Hee, Logan Lee.
Seo Jin juga ditahan polis atas tuduhan bersubahat dengan Joo Dan Tee. Ro Na masih hidup kerana diselamatkan oleh Suryeon.
Tetapi, dalam episode 12 lalu, Yoon Hee telah menghilangkan diri selepas membantu menangkap Joo Dan Tee. Dia masih belum tahu yang Ro Na masih hidup.
Info ringkas Penthouse 2 - War in Life
Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)
Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok dan ramai lagi.
The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.
The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.
Sinopsis The Penthouse 2 Episode 13
Spoiler episode 13 yang disiarkan.. apa jadi dengan Logan Lee? Adakah dia master mind dan orang paling jahat dalam Penthouse 2?? Plot twist apakah yang akan berlaku kali ini??
Banyaknya persoalan yang perlu dirungkai. Adakah Yoon Hee akan muncul membalas dendam pula dan menjumpai pembunuh sebenar dalam kesemua siri pembunuhan yang berlaku di Hera Palace.
Baiklah.. Kita tengok sinopsis spoiler episode 13:
1. Yoon Hee tidak membunuh diri di jambatan kerana tiada menunjukkan mayat ditemui di situ. Suryeon dan Ro Na pun tidak kelihatan bersedih dalam episode 13 nanti. Jadi, apa berlaku pada Yoon Hee? Adakah beliau menyerah diri kepada pihak polis?
Yoon Hee telah menyerah diri kepada polis dan mengakui bahawa dia yang membunuh Min Seol A.
2. Rakan subahat pembunuhan Min Seol A yang melupuskan tempat pembunuhan dan banyak lagi kesalahan jenayah iaitu ahli kelab Hera telah ditahan polis.
3. SurYeon telah memberikan bukti rakaman pengakuan semua tertuduh dalam mahkamah.
4. Joo Dan Tee dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Yoon Hee 3 tahun. Seo Jin 7 tahun.
5. Selepas itu, Suryeon telah pergi ke Penthouse dan merosakkan barang-barang di dalamnya. Dia sangat marah dengan Joo Dan Tee. Dia memiliki sepenuhnya Penthouse. Segala barangan Joo Dan Tee dimusnahkan.
RO Na kembali ke rumahnya. Seuk Yung dan Seuk Hoon membantu mengemas. Kedua kembar tidak mahu mengakui Joo Dan Tee sebagai ayah mereka.
6. Kelihatan Logan Lee juga amat marah kepada Joo Dan Tee. Suryeon menceritakan semuanya kepada Logan. Dia mahu membelasah Joo Dan Tee.
7. Nampaknya semua keadaan akan selesai dalam episode 13 ini. Impian Joo Dan Tee terhadap Penthousenya akan berakhir. Semua ahli Hera Club akan dipenjarakan kerana bersubahat melakukan kejahatan bersama-sama.
8. Logan Lee kembali sementara ke US disebabkan ayahnya sedang disiasat polis di sana.
9. Ayah Jenni telah kembali dan keluar dari penjara. Pembantu Joo Dan Telah telah menyambut kepulangannya. Apakah rancangan Joo Dan Tee dari dalam penjara??
Apa jadi dengan Logan Lee? Adakah usahanya membalas dendam terhadap kematian Min Seol A menemui penamatnya? Atau, ada hal tersembunyi di sebalik kekacauan di Penthouse 2 ini?
Sewaktu di dalam kapalterbang untuk pulang ke Korea, Logan Lee telah berkenalan dengan rakan lama Joo Dan Tee? Apakah muslihat lelaki tersebut?
Suryeon amat gembira dengan kepulangan Logan Lee. Logan Lee pula telah mengatuŕ kejutan buat wanita itu.
Sewaktu berjalan ke arah Logan Lee, suryeon telah terlanggar seseorang. Dia berasa pelik. Kemudian dia nampak seorang lelaki tua tersenyum sinis kepadanya. Suryeon lagi berasa pelik. Adakah lelaki tua itu adalah Joo Dan Tee yang telah melarikan diri dari penjara?
Malangnya, belum sempat Logan Lee dan suryeon menyatakan hasratnya, dia telah mati di sebelah keretanya yang dibom. Tragedi tragis Logan Lee berlaku di hadapan Shim Suryeon.
Apa yang berlaku sebenarnya? Kesian tengok suryeon asyik kehilangan orang yang dia sayangi di depan matanya.
Harap dalam Penthouse 3 nanti Suryeon dapat peluang sebenar dan lebih besar untuk membalas dendam ke atas pesalah itu semua.
Kita tunggu siarannya dalam Penthouse 3 nanti ya, mulai April 2021.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.