Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 5 & 6

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 5 & 6. Drama korea paling viral dan ditunggu-tunggu episodenya. Bila Logan Lee nak bertindak ni? Dalam drama The Penthouse Season 2 ni, dialah hero harapan kita. Setiap tindakannya penuh misteri dan menyelamatkan mangsa pada waktu yang tepat. Tetapi, Ha Yoon Chul dan Oh Yoon Hee pun ada harapan sikit, jika mereka dapat menghapuskan orang-orang zalim dalam Hera Palace tu. Stress kita dibuatnya!!

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 5 & 6


Info ringkas The Penthouse Season 2:


Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)

Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok

The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 5 & 6


Setelah melalui episode yang agak mendebarkan pada minggu lepas, kali ni apa pula yang bakal terjadi dalam episode ke 5 & 6 Penthouse 2 ya? Ada banyak persoalan yang kena jawab ni, berdasarkan trailer yang ditunjukkan:

1. Apakah yang terjadi pada Festival Seni Cheonga? Siapakah anak gadis Hera Palace yang terbunuh di tangga? Adakah kita akan dapat melihat pembunuhnya ditangkap?

2. Seuk Kyung masih menggunakan senjata rahsianya untuk mengugut Seo Jin agar menyerahkan Grand Prize Cheonga kepadanya. Adakah Seuk Kyung akan mati ditangan Seo Jin kerana sering mengugutnya?

Sementara itu, Seuk Kyung berpura-pura meminta maaf kepada Bae Rona dan Jen Ni terhadap kesalahan bulinya. Namun Ma Ri percaya Seuk Kyung hanya berlakon.

3. Joo Dan Tae pula dalam diam menggunakan perjanjian penyanyi misteri untuk menakut-nakutkan Seo Jin. Seo Jin menyangka Yoon Chul dan Oh Yoon Hee punya angkara. Padahal, pelakunya adalah orang terdekatnya iaitu Joo Dan Tee.  

Ibu dan adik Seo Jin pun sudah mengetahui tentang penipuan tersebut. Mereka memaksa Cheon Seo Jin untuk mrletak jawatan sebagai pengerusi yayasan Cheonga.

Lee Kyun Ji sudah mengetahui pekerjaan sebenar Kang Ma Ri iaitu sebagai tukang urut. Mereka suami isteri telah mengejek Ma Ri dan mengugut menyebarkan gambarnya.

Seo Jin meminta Joo Dan Tae mempercepatkan penggabungan syarikatnya dan JKings

4. Kang Ma Ri (ibu Yoo Je Ni) akan berkerjasama dengan Yoon Hee untuk menghapuskan manusia syaitan di Hera Palace. Adakah Kang Mari akan membunuh Seok Kyung di malam festival seni Cheonga?

5. Bae Ro Na dan Seok Hoon menjalin kembali ⁴hubungan mereka kerana masing-masing adalah cinta pertama antara satu sama lain. Seok Hoon tidak dapat melupakan Ro Na walau apa halangan yang menimpa.

Eun Byeol mengugut Bae Rona agar menjauhkan diri dari Seok Hoon.

6. Eun Byeol terus di tekan oleh Seo Jin untuk mesti menang dalam festival seni Cheonga walaupun Seo Jin boleh saja menipu dalam keputusan pada malam tersebut.

Kumpulan Cheonga dan JKings telah bergabung. Namun Seo Jin tidak mengetahui helah di sebalik pengabungan tersebut.

Pemain piano yang mengiringi Ro Na telah sengaja melakukan kesilapan not kerana telah dibayar oleh Ha Yoon Chul. Bae Ro Na telah menyaksikan perbuatan tersebut secara tak sengaja.

7. Atau, adakah Joo Dan Tae akan membunuh Eun Byeol pada malam festival tersebut? 

8. Mungkinkah juga Eun Byeol akan membunuh Bae Ro Na akibat cemburu? Atau adakah sebaliknya Ro Na yang menolak Eun Byeul ketika mereka bertengkar? 

Akhirnya persoalan terjawab dari episode 1 lagi, siapakah yang terjatuh di tangga pada malam festival seni Cheoga? Eun Byeol telah menolak Ro Na di tangga sehingga gadis itu tidak sedarkan diri. 

9. Antara 4 gadis Hera Palace iaitu Ro Na, Eun Byeol, Seok Kyung dan Yoo Jenny, siapakah antara mereka yang ditemui terjatuh dan mati pada malam festival tersebut? Jawapannya Bae Ro Na.

Any Girls Can Die

Sinopsis Episode 6;

1. Bae Ro Na diistiyharkan sebagai pemenang Festival Seni Cheong A. 

2. Pada ketika itu, Eun Byeol telah menolak Ro Na di tangga, dengan keadaan dia khayal dipengaruhi dadah.

3. Rantai leher Eun Byeol yang terjatuh sewaktu kejadian telah ditemui oleh Ma Ri tetapi telah dirampas oleh Cheon Seo Jin dan mengatakan ia akan menyimpannya sebagai bahan bukti. Kang Ma Ri berasa curiga.

Eun Byeol telah menyorokkan piala yang digunakan untuk mencederkaan Ro Na di dalam laci sekolah. Kemudian dia pulang awal ke rumah. Dan merancang untuk membuang segala bahan bukti seperti baju yang digunakan semasa pertandingan.

4. Ro Na bertarung nyawa dalam bilik bedah. Semua pihak yang berada di dalam kawasan sekolah telah disoal siasat. Masing-masing mencari di manakah Eun Byeol? Serpihan piala yang digunakan oleh Eun Byeol untuk menyerang Ro Na telah dijumpai polis.

5. Sementara itu, di hospital Ro Na berada dalam keadaan koma.. Loket Eun Byul yang disimpan Seo Jin telah hilang. Rupanya ia telah dicuri oleh Joo Dan Tae untuk dijadikan perisainya/ senjatanya

6. Seo Jin sudah mengetahui bahawa Eun Byeol yang membunuh Ro Na. Dia membakar segala bahan bukti. Seo Jin memberi ubat tidur untuk membantu anaknya melupakan apa yang berlaku. Pembantu rumahnya menyaksikan semua itu.

7. Logan Lee telah kembali ke Korea. Pembantu rumah Seo Jin telah menerangkan segala kejadian tentang Ro Na dan kelakuan pelik anak beranak itu.

8. Piala yang disorok oleh Eun Byeol di lacinya telah dipindahkan ke laci Seuk Kyung oleh Yoon Chul. Kini, Seuk Kyung pula telah dituduh membunuh Ro Na.

9. Seuk Kyung telah dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Yoon Hee mengesyaki Yoon Chul yang melakukan pembunuhan tersebut.

10. Yoon Hee mencari segala bukti bagi mencari pesalah yang mencederakan Ro Na tetapi menemui jalan buntu.

11. Akhirnya Mr Park (penjaga bangunan) yang mengaku melakukan perbuatan khianat ke atas Ro Na. Ini semua dirancang oleh Ha Yoon Chul, bekas suaminya.

12. Akhirnya Ro Na tidak dapat diselamatkan. Alat bantuan pernafasannya telah dicabut oleh seseorang? Siapakah orang tersebut?

13. Logan Lee sudah mengetahui siapakah pembunuh sebenar Ro Na. 

14. Seorang wanita menyerupai Shim Su-Ryeon telah muncul di hadapan Joo Dan Tae. Siapakah wanita tersebut?

Sama-sama kita nantikan episode 7 & 8 pada tayangan seterusnya pada hari Sabtu & Ahad di saluran ONE HD.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. 7 Drama Korea Terbaru Tayang Maret 2021, Love Alarm 2 hingga Monthly House
    Bertabur pemain ternama, mereka akan menyuguhkan alur cerita yang dikemas dengan sangat menarik dan apik. Genre drama Korea Mulai dari komedi, laga, thiller, tak ketinggalan juga tentang romansa.
    1. Mouse
    Drama Mouse digarap oleh sutradara Choi Joon Bae. Drama ini akan dibintangi oleh Lee Seung Gi, Lee Hee Joo, Park Joo Hyun, P.O, Ahn Jae Wook, hingga Seo Dong Hyun. Mouse dijadwalkan tayang pada 3 Maret 2021, sebanyak 20 episode. Baca Selengkapnya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close