Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 7 & 8. Bagaimana episode 5 & 6 yang lepas? Adakah persoalan dan jawapan anda menemui titik noktah? Siapa yang paling anda benci wataknya dalam episode yang lepas. Bagi saya, plot twist adalah pada Ha Yoon Chul. Perbuatannya memang tak boleh dimaafkan. Perbuatan melindungi Eun Byeol dalam setiap keadaan semakin menggalakkan kejahatan berterusan. Tak habis-habis pengkhiantan demi pengkhianatan.. nampak makin jahat dan kejam pulak watak dia!
Info ringkas Penthouse 2 - War in Life
Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)
Para pelakon : Lee Ji Ah, Uhm Ki Joon, Kim So Yeon, Yoon Jong Hoon, Eugene dan Park Eun-Seok
The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.
The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.
Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 7 & 8
Dalam episode seterusnya, episode 7, apakah yang akan berlaku? Adakah pihak polis dapat menangkap si pesalah pembunuhan Ro Na? Apakah tindakan Yoon Hee dalam usahanya membalas dendam kematian Ro Na?
1. Siapakah yang mencabut wayar oksigen Ro Na dalam episode 6 yang lalu? Adakah Bae Ro Na tidak meninggal dunia sebaliknya telah diselamatkan oleh orang-orang Logan Lee? Mungkinkah Ro Na di bawa ke luar negara untuk diberikan rawatan terbaik??
Seo Jin yang sedang tertekan, mengajak Yoon Chul untuk berbaik semula dan memulakan hubungan mereka kembali. Adakah Yoon Chul setuju?
2. Akhirnya wanita seperti Shim Sur-Yeon muncul di hadapan Joo Dan Tae. Siapakah wanita tersebut? Dengan penampilan yang seksi., kelihatan dia menggoda Joo Dan Tae.
Adakah wanita tersebut adalah kembar kepada Shim Su-Ryeon? Cuma beza penampilannya sahaja? Atau adakah dia memang sebenarnya Su-Ryeon yang telah diselamatkan oleh Logan Lee?
Wanita menyerupai Shim su-Ryeon adalah Na Ae Gyo, ibu kandung pasangan kembar itu. (Tetapi.. dari gayanya, mungkin itu Shim Su-Ryeon yang masih hidup.)
Hanya Yoon Hee hadir pada pengebumian anaknya. Logan Lee menghalang Yoon Hee dari membunuh diri.
Eun Byeol dihantui oleh bayangan Bae Ro Na, hampir separuh gila. SEO Jin dan Ha Yoon Chul bertungkus lumus menyelamatkan anak mereka.
Ha Yoon Chul memberi ubat untuk menghilangkan ingatan masa kini Eun Byeol.
3. Yoon Hee masih tidak dapat menerima kematian Ro Na. Dia akan terus mengganas bagi menyingkap kematian Ro Na. YOON Hee menyerang Yoon Chul dan Seo Jin kerana dia seolah tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.
Yoon Hee sudah mengetahui perbuatan Yoon Chul merasuah guru muzik RoNa. Logan Lee memberi sokongan kepadanya untuk membakas dendam.
4. Keadaan Seo Jin semakin teruk dan amat tertekan. Dia sentiasa dibayangi oleh kematian Ro Na.
Ha Yoon Chul enggan kembali kepada Seo Jin walau wanita itu merayu-rayu.
Joo Dan Tae menggunakan peluang ini bagi memenuhi keinginan nafsu ketamakannya. Dia bersepakat dengan Na Ae Gyo.
5. Seuk Hoon yang kecewa dengan kematian Ro Na telah mendekati Eun Byeol. Apakah muslihatnya pula? Adakah dia mengesyaki Eun Byeol? Seuk Hoon
6. Sementara itu Kang Ma Ri telah diselamatkan dari hinaan pelanggannya di sauna. Dia kini semakin dihormati oleh isteri Kyu Jin.
Rahsia Seo Jin menggunakan penyanyi ganti ketika konsertnya telah tersebar.
Seo Jin melutut meminta maaf kepada Yoon Hee atas perbuatannya 25 tahun lalu. Dia bersara dari dunia nyanyian soprano.
7. Logan Lee & Yoon Hee akan bersatu menjatuhkan Joo Dan Tae kerana Dan Tae telah mengetahui penyamaran mereka? Kalau betul begitu, baguslah. Joo Dan tae mesti mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya selama ini.
8. Joo Dan Tae mahu membunuh Yoon Hee yang menceroboh bilik bacaannya, tetapi Yoon Hee dapat bolos. Yoon Hee terserempak dengan wanita seiras Shim Su-Ryeon @ Na Ae Gyo.
Apakah bakal terjadi??
Sinopsis Episode 8;
1. Oh Yoon Hee berjaya keluar dari bilik rahsia Joo Dan Tae, dengan kerjasama Seuk Hoon. Dia ternampak wanita mirip Shim su-Ryeon, masuk ke bilik rahsia JD Tee.
2. Yoon Hee mengekori Na Ae Gyo dan sempat memasang peranti pengesan dalam telefon Ae Gyo yang terjatuh. Logan Lee telah diberitahu, dan nampaknya Logan Lee seperti mengenali wanita itu. Adakah itu yang sebenarnya Shim su-Ryeon, dan yang telah meninggal adalah Na Ae Gyo.
3. Yoon Chul mahu bercerai dengan Yoon Hee. Dia sudah tak ada semangat untuk membalas dendam, dengan kejadian yang menimpa Ro Na dan Eun Byeol.
4. Seo Jin telah bergaduh dengan ibu dan adiknya. Ibu dan adiknya berkeras memaksa Seo Jin menyerahkan yayasan tersebut kepada mereka. Eun Byeol pun sudah tidak menghormatinya lagi.
5. Na Ae Gyo telah diekori hingga ke gym. Tetapi Logan Lee ada melindunginya.
6. Seo Jin terkejut bila pembantu Do memberitahu bahawa Joo Dan Tae telah bertemu para pemegang saham Cheong A tanpa pengetahuan Seo Jin. Rahsianya menggunakan penyanyi samaran juga telah diketahui.
7. Eun Byeol pula dibuli dan dipinggirkan oleh rakan-rakannya. Dia dituduh palsu. Sedikit demi sedikit ingatannya pulih. Seuk Hoon mendorong Eun Byeol agar segera ingat.
8. Cheon Seo Jin mahu membatalkan perkahwinannya dengan Joo Dan Tee. Dia sudah tahu semua kejahatan perbuatan Joo Dan Tee.
9. Detektif datang dan membawa bukti pembunuhan. Eun Byeol mahu ditangkap tetapi Seo Jin menghalang. Dia sanggup melakukan apa saja setelah di ugut oleh Joo Dan Tee.
10. Joo Dan Tee terus mengganas. Dia terus memaksa Seo Jin mengikut telunjuknya.
Pada ketika ini, flashback bahawa yang membunuh Ro Na adalah Joo Dan Tee. Dan yang membunyikan loceng penggera keselamatan pada hari kejadian pun dia juga. Kejamnya!!
11. Dalam satu pergelutan dengan Na Ae Gyo, Joo Dan Tee telah tercedera. Logan Lee dan Yoon Hee menyelamatkan Na Ae Gyo.
Bagaimana seterusnya?? Tak sabar nak tunggu episode 9 pula ditayangkan. Sama-sama kita nantikan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.